Sabtu, Jun 30, 2012

Rendang Daging


Kelmarin masak rendang daging.. hari ni baru boleh update, anak dara meminta untuk belajar memasak rendang.. dan kami sedang berpuasa, elok juga lah tu sebab masakan rendang ni boleh dimasak dengan api perlahan sambil sambil relax..  puasalah katakan! Masaalahnya tengah tengah masak, gas pula habis, lagi tertangguh! lagilah relax. So dah talipon cina hantar gas, kenalah pulak tunggu selama setengah jam. Jam menunujukan pukul 4.oo petang, masih ada masa..so ingatkan nak buat nasi minyak, masa tengah tumis bahan bahan nasi minyak tu lah gas habis, nasi dah ada dalam cooker, maka nasi dah masak tumisan bahan tak boleh masuk.. so makan nasi putih jelah, lagipun dah buat pie dekat "our littlekitchen' tu. tak perlu risau pun, apa yang ada jadilah untuk berbuka nanti.. husband pulak belikan Soya bean. Alhamdulilah.


Memandangkan hanya dua tiga orang je dirumah maka rendang ni hanya dibuat sedikit sahaja. Anggaran 15 hirisan daging dan nasib baik bahan bahan lain pun cun cun je yang ada.. kerana tak pergi pasarlah!! Rendang kali ni, pedas sebab hari tu masa pergi pasar, cili kering yang dijual disitu merupakan cili jenis yang pedas, hanya 8 biji yang digunakan untuk resipi ini.. Kalau orang pun ada macam macam jenis, cili dan sebagainya pun ada bermacam macam juga! Oklah resipi nya seperti dibawah...

Bahan bahan :
15 hirisan daging
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau perut
1 Asam keping
1/2 cawan kerisik
! kotak Santan
garam dan gula
3-4 sudu besar minyak 

Bahan bahan yang di blender:  1 biji bawang besar (tak guna bawang kecil), 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia. 1/2 inci kunyit hidup, 1 inci lengkuas, 1 batang serai, 8 cili kering (direndam terlebih dahulu dengan air panas selama 5 minit).

1. Panaskan kuali dengan minyak dan tumis semua bahan yang diblender  hingga naik minyak.
2. Masukkan daging dan kacau sebentar hingga sebati.
3. Masukkan santan kotak dan 1 gelas air dan didihkan daging dengan api yang sederhana dan biarkan ia masak perlahan hingga  kuahnya berkurangan.
4. Masukkan garam, gula, daun kunyit dan daun limau perut, asam keping sewaktu menunggu ia kering dan kacau seketika apabila perlu. Elok ditutupkan kuali tersebut dalam proses memasak rendang ini. Tunggu hingga kuah rendang kering dan terbit minyak baru menutup api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan