Khamis, Julai 26, 2012

Cucur Udang Cincang


Berbuka puasa pada hari ke6 dengan cucur udang.. Cucur udang ni, kaya dengan cincangan udang, lobak merah, bawang besar dan daun bawang, dicicah pulak dengan kuah kacang. Rasanya pulak begitu garing dan enak dimakan. Disebabkan lebihan kuah kacang inilah maka terbuat cucur ini, kerana sayang nak bazirkan, malah boleh juga kalau nak buat pecal ke.. tapi tak ada bahan.

Senang je kalau nak membuat cucurkan, hanya bancuhkan tepung dang masukkan saja apa yang nak dimasuk kemudian goreng.

Bahan Bahan
1-2 mangkuk tepung gandum yang dicampurkan dengan 1-2 cawan air (agak agak untuk mendapat tektstur yang sedap - tidak terlalu kenyal dan tidak pula terlalu cair.

6-7 ekor udang besar yang dicincang halus.
1 /2 batang lobak merah (karot) yang dihiris halus (memanjang)
1 bawang besar (dadu)
1 btg daun bawang
1 btg cili merah (cincang/dadu)
sedikit garam (boleh juga nak masukkan pati ayam/ikan bilis)

Bancuhkan semua bahan diatas, panaskan kuali dengan minyak untuk deep fry dan jemput dengan jari, goreng hingga kekuningan dan angkat.

**Bancuhan juga boleh ditambahkan dengan sedikit tepung beras untuk kerangupan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...