Selasa, September 11, 2012

Rempeyek


Salah satu makanan kegemaran... Apabila raya maka banyaklah dijual  didalam paket paket besar.  Sudah banyak kali juga membuatnya tapi tidak dimasukan kedalam blog.. kali ni merasakan elok juga dimasukkan kedalam blog supaya boleh juga nak ingat kembali bahan bahan keperluan didalam bancuhan tu.. kerana ada masa, terlupa juga!

Bahan bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis
1 gelas air

Bahan yang dikisar/tumbuk
3 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1/2 inci kunyit hidup
1 helai daun limau perut
sedikit garam
1 sudu kecil Perencah Ayam knorr

1. Campurkan tepung beras, tepung ubi, ikan bilis, kacang, garam dan bahan kisar/tumbuk dengan segelas air (campuran  tidaklah terlalu pekat tetapi cair untuk mendapatkan kehalusan dan keranggupan rempeyek.

2. Pecahkan telur dan kacau hingga sebati.

3. Panaskan kuali dengan 2 cawan minyak untuk menggoreng (deep fry) dan sendukkan dengan satu sudu besar dan langsirkan pada dinding kuali hingga ia sendiri kering dan terus jatuh kedalam minyak, balik balikan hingga kekuningan dan terus angkat dan perapkan pada kertas minyak.

## untuk mendapatkan keranggupan kacang tanah eloklah di goreng kacang tanah tanpa minyak hingga setengah masak sebelum memasukkan kedalam adunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...