Jumaat, September 28, 2012

Sambal Ikan


Wah.. my favourite!  kena dengan nasi putih panas .. panas.. dengan sayuran pun cukup untuk menaikkan selera tambahan pulak bila perut dah menyanyi!  Walaupun makanan begini begitu simple, tetapi tetap sihat.  Sesiapa pun tahu nak masak masakan nikan!  Hanya sambal mungkin bagi sesetengah orang suka tambahkan belacan didalam sambal ini.. tapi bagi saya yang jarang makan belacan, hanya sambal dengan hirisan bawang, tomato dan cili serta cili giling sudah cukup.


Ikan yang digoreng dengan kunyit ini ialah ikan kembung. Hanya lumurkan dengan kunyit dan goreng sampai garing dan angkat. Bagi sambalnya pula, dengan 2-3 sudu minyak, tumis bawang besar yang dihiris bersama, cili, tomato, kemudian masukkan cili boh/giling sebanyak 3-4 sudu dan goreng hingga terbit minyak. Tambahkan garam, air asam dan sedikit gula.  Masukkan daun sup/daun bawang untuk lebih wangi dan tuangkan atas ikan yang telah digoreng tadi.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan