Khamis, Oktober 18, 2012

Bihun Black Pepper


Setelah sibuk 'gardening' jadi malaslah nak masak yang susah susah!  So for dinner hanya 'Bihun Black Pepper' je. Ini pulak merupakan bihun yang amat mudah dan cepat dimasak, sebabnya adalah kerana sosnya hanya dari sos black pepper dan sos cili Thai yang manis tu ditambah pulak dengan sayuran sawi cina, tauge, kobis, daun sup, daun bawang dan berdaging ayam. Terangkat juga lah dengan hirisan cili kicap.. Sekarang ni senang pula nak dapat sos black pepper dari dalam botol jadi tak payahlah susah nak blender ke, nak tumbuk lada hitam tu...


Bahan Bahan 
1 paket bihun (jenis halus - rendamkan 10-15 minit)
1 cawan hirisan daging ayam
3 batang sawi cina (potong anggaran 1 inci)
Sedikit hirisan kobis
1 batang daun bawang (hiris)
1 batang daun sup (hiris)
1 biji tomato (dibelah 6)
1-2 biji cili merah/hijau (hiris)
1/2 batang karot (dihiris memanjang)

Bahan Perasa
Sos Black Pepper
Sos Cili Thai
Kicap lemak manis
Garam secukupnya

Bahan Tumis
1 biji Bawang besar (dadu)
2 biji Bawang putih (dadu)

1. Panaskan Kuali dengan 2-3 sudu besar minyak (Canola) dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau..
2. Masukan hirisan ayam dan goreng hingga menjadi putih.
3. Masukan 3-4 sudu besar sos lada hitam dan sos cili Thai.
4. Masukan kicap lemak manis dan tambahkan dengan 1-2 gelas air
5. Renihkan sebentar, masukan bihun dan karot serta sayuran yang lain dan kacau hingga bihun menjadi lembut.

(Tambahkan kicap jika perlu untuk mendapat warna yang bersesuaian dan tidak terlalu hitam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan