Jumaat, Oktober 19, 2012

Bingka Pandan


Ini merupaka Bingka Pandan yang diubah suai dengan taburan 'coloured rice' yang saja diubah suai untuk percubaan dan dibakar didalam acuan 'aluminium pie' untuk senang dimakan, tak payah nak susah nak potong lagi!.  Setelah siap dibancuh adunan bingka ini, sebelum membakar, saya taburkan coloured rice ni dan hasilnya ia 'melt' terus dan mewarnaka bingka ini.  Oklah nampak cantik juga! 

Oleh kerana adunan ini melebihi acuan 'pie' jadi saya telah membakarnya pula dalam acuan yang berbentuk cermai dan sebelum membakarnya, saya telah langsirkan dengan sedikit minyak dan meletakan diatas api untuk memanaskan acuan, sebelum menuangkan adunan tadi lalu dibakar didalam oven bersama acuan pie tadi, tanpa taburan coloured rice dan hanya menaburkan kemudian.


Bahan Bahan
3 biji telur bersaiz besar
2 1/2 cawan tepung (boleh anggarkan kepekatan bancuhan)
3/4 cawan gula
3-4 cawan santan dari sebiji kelapa
10 helai daun pandan (diambil airnya - diblenderkan dengan sedikit air)
1/2 cawan coloured rice
1 sudu teh air ros
secubit garam

1. Masukan telur dan gula dan pukul sebentar hingga gula larut dalam blender.
2. Masukan santan, garam, air daun pandan, air ros dan kisar lagi selama seminit dua.
3. Masukan tepung dan anngarkan kepekatan saperti adunan pekat tetapi tidak terlalu pekat.
4. Panaskan oven selama 10-15 minit pada suhu 180 darjah C.
5. Sediakan acauan pie yang dimuatkan kedalam acuan muffin dan taburkan coloured rice sebelum menuangkan adunan bingkat hingga ke 3/4 paras acuan dan bakar selama 20-25 minit, sejukkan sebelum mengeluarkan dari acuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...