Jumaat, Oktober 05, 2012

Kurma cupcake


Setiap hari pasti kita kan bertanya, apa nak makan! tambah pulak rumah tangga yang masih mempunyai anak anak yang harus kita siapkan snek tak kira waktu apa.. kerana mereka sentiasa lapar. Nak membesarlah katakan.. usahkan budak kecil, remaja pun sama, bila suruh buat sendiri... oooii kena ikut mood merekalah... aleh aleh kalau tak dihidangkan tak akan makan.. banyak lemak diorang!!  Bila dah buat simple cupcake begini pun. ikut mood juga.. sebab manislah.. banyak songeh!! kesudahan  kek yang dibuat diberikan setengah pada jiran sebelah.. takpelah dapat juga pahala.  Memandangkan masih lagi ada 
buah kurma yang berbaki lagi dari bulan puasa dahulu,  maka dimasukkan saja dalam adunan cupcake ni... sedap juga....


Bahan Bahan
250 g buttercup
4 biji telur
1 cawan (250 m) gula halus (Castor sugar)
2 cawan tepung naik sendiri
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
secubit garam halus
6-8 biji kurma (dihiris halus)

1. Panaskan oven dan sediakan acuan cupcakes.
2. Pukul gula dan butter hingga kembang.
3. Masukan telur satu persatu.
4. Masukan esen vanilla dan garam.
5. Ayakkan tepung bersama baking powder dan masukan sedikit sedikit kedalam adunan.
6. Masukan kurma yang telah dihiris dan simpan sedikit untuk taburan dibahagian atas cupkcake.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan