Isnin, November 05, 2012

Asam Pedas Ikan Salmon




Idea untuk masak ikan Salmon ni datang apabila terlihat Rasa Halal Antarabangsa, dimana salah satu daripada Restoran Malaysia di London memuatkan resipi asam pedas ni, tapi tak tahulah cara Chef di Restoran tu menyediakan resipinya kerana ini adalah cara tersendiri...  Apa pun, lain orang lainlah rasanya.  Teringatlah pula, masa muda muda dulu, kalau makan Asam Pedas dengan nasi putih, tambahkan kicap, Wow! reallylah terangkat!, mahulah dua tiga pinggan tambah nasi! Tambah pula, kalau ada good company.. uuuummmph... Ikan Salmon memang sedap isinya dan cara memasaknya tak perlu lama. Tak caya, cubalah..


Kali ni, Asam pedas ni ditambahkan dengan lengkuas, kunyit, daun kesum dan bunga kantan.  Senang je nak masak asam pedas, sekejap je dah siap! Untuk menyediakanya pula, hanya guna blender tak payahlah nak tumbuk tumbuk..kalau ada cili boh lagi cepat.. Untuk resipinya adalah saperti dibawah.

Bahan Bahan
2 ketul Ikan Salmon
1 batang bunga kantan (dibelah dua)
1 batang Serai (diketuk)
Sedikit daun kesum (anggaran segengam)
Minyak untuk menumis

Bahan Bahan kisar
5-6 biji bawang kecil/1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
5-6 sudu cili boh/6-7 biji cili merah (mengikut kehendak sendiri)

Bahan Perasa
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh jntan manis/halus
1 -2 sudu teh garam
1 camca besar gula

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukan air asam dan 3-4 cawan air dan renihkan sebentar hingga kuah menjadi pekat.
3. Masukan bahan perasa dan kacau.
4. Masukan ikan dan masak selama 4-5 minit dan masukan daun kesum, serai dan bunga kantan. Renih hingga ikan menjadi lembut.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan