Khamis, November 22, 2012

Roti Jala & Kuah Daging


Roti Jala pon sodap! Kadang kadang keinginan datang melanda, maka terpaksalah merajinkan diri menyediakan roti jala yang banyak berdiri untuk membuatnya. Walau susah mana pun akhirnya berbaloi bila puas dapat melepaskan keinginan .. seolah olah orang mengandung pulak! Tak susah mana nak menyediakan 'batter' untuk roti jala ni.. hanya memasukan kedalam blender saja sudah mendapat 'batter' yang halus, tak payah nak tapis tapis lagi.. kerana ada masa adunan ini akan tersekat pada acuan kerana ketulan.  Walaupun sekarang ada pula acuan yang baru, acuan lama pun oklah! Untuk roti jala ni, saya telah meggunakan susu evaporated milk sebagai liquid untuk mendapatkan adunan yang lebih lembut. Ada juga orang menggunakan santan atau air saje untuk membancuh adunan ni. Bagi kuah daging ni pula, ditambahkan kerisik untuk memekatkan kuah, barulah best nak makan.

Bahan untuk Roti Jala
2 cawan tepung gandum
3-4 cawan susu Nestle
2 biji telur
sedikit pewarna kuning (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
sedikit garam

1. Masukan susu, telur, garam kedalam blender dan putarkan sebentar untuk sebati.
2. Masukan tepung, pewarna  dan putar hingga adunan menjadi adunan yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
3. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak, dengan menggunakan acuan roti jala, mulakan dari tengah dan pusing mengikut bentuk bulat saperti jala, masak hingga adunan sendiri tidak melekat dan alihkan sebelah sebelum mengangkatnya. Lipat setengah kemudian suku dan teruskan membuatnya hingga adunan habis.
* Tambahkan susu/air untuk mendapatkan batter yang sesuai.


Bahan untuk kuah daging
1 mangkuk daging (dihiris)
2-3 biji ubi kentang
1 biji tomato (dipotong empat)
1 batang daun kari
3-4 mangkuk santan (atau lebih)
2 sudu besar kerisik

Bahan Tumis
1 biji bawang besar (dadu)
2-3 ulas bawang putih 
1/2 inci halia (ditumbuk bersama bawang putih)
1-2 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
3-4 biji bunga lawang
1 inci kayu manis
2-3 sudu besar serbuk kari ayam (Baba's)

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak/minyak sapi dan tumins bawang besar, bawang putih/halia, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan daun kari hingga terbit bau.

2. Masukan serbuk kari yang dikacau bersama sedikit air dan kacau hingga terbit minyak.

3. Masukan daging, renih seketika dan masukan santan. 

4. Masukan ubi kentang dan renihkan hingga daging dan ubi menjadi lembut, Tambahkan santan jika perlu untuk melembutkan daging tersebut. Masukan juga kerisik dan kacau seketika.

5. Masukan tomato, masak seketika dan tambahkan sedikit daun kari lagi untuk menambahkan kewangian pada gulai daging.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan