Ini pula, adalah lauk yang dimakan bersama nasi pilaf tu.. Ayam masak merah berkismis. Campuran kismis yang masam manis hanyalah untuk menambahkan rasa manis pada kuah tersebut, jadi ia merupakan sebagai pengganti kepada gula, sebagaimana kita banyak gunakan sebagai pemanis sesuatu masakan. Cara begini juga sihatkan! Daun parsely/sup juga dimasukan untuk menaikan rasa pada ayam masak merah ni, kerana ia merupakan sebagai penggganti daun kunyit yang selalu saya pakai.. sebabnya tak ada daun kunyit. Pokok kunyitnya ada pulak ditanam di dalam pasu, masaalahnya, naik sikit ambil, jadi macam manalah kawan tu nak hidup! hmmm.
Bahan Bahan
6-8 ketul ayam yang dibuang kulitnya
Sedikit daun sup/parsley
1/2 cawan kismis bewarna kekuningan
1 kotak santan
1-2 cawan air
3-4 sudu besar minyak masak/sapi
sedikit garam
Rangkaian rempah tumis : 1 cm kayu manis, 2-3 biji buah pelaga, cengkih & bunga lawang
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 batang serai
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6-8 biji cili Merah
1 sudu besar cili boh
1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan terus tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukan ayam dan kacau hingga sebati.
3. Masukan santan kotak dan air, renihkan ayam hingga lembut sambil masukan kismis dan bahan perasa.
4. Apabila kuah mula menjadi pekat masukan daun sup, kacau dan tutupkan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan