Salam semua.... Sekarang ni kita melalui fenomena cuaca yang terlalu panaskan!.. hingga berpeluh walaupun beraircond dirumah. Ini merupakan perkara biasa setiap tahun selepas raya cina... Apa nak buat sabar je lah jawabnya...
Selain buah buahan, agar agar juga dapat membantu menyejukan badan.. so setelah membuat agar agar cincau pada ourlittlekitchen.net tu, dengan satu paket agar agar 20 gam dibahagi dua untuk membuat dua jenis agar agar yang berlainan rasanya beserta dua acuan berlainan. Satu agar agar cincau dan yang ini agar agar lumut bertopping cincau..
Senang je nak membuatnya, setelah agar agar dibahagi dua, satu dimasukan cincau sahaja, yang satu pulak dimasukan susu, telur dan jus pandan... itu saja.. Bahagian atas pada agar agar lumut ini, dituangkan dulu agar agar cincau anggaran satu inci dan di'set'kan sebelum menuangkan adunan hijau.
Senangkan.
10 gm agar
200 ml air
1 cawan susu Dutch Lady
2 biji telur (dipukul)
1/2 cawan jus pandan (dari 8-10 daun pandan)
3/4 cawan gula
1 sudu kecil sirap ros
1. Rebuskan agar agar hingga larut.
2. Masukan gula dan sirap ros dan kacau hingga gula larut.
3. Masukan susu, telur yang dipukul dan jus pandan dan kacau hingga mendidih.
4. Tuangkan dahulu campuran agar agar lengkong/cincau dan biarkan hingga permukaanya keras.
5. Tuang dan tapiskan adunan tadi diatas adunan lengkokng dan sejukan didalam peti sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan