Selasa, April 16, 2013

Cheese Cake


 Salam semua, haa... hari ni baru senang sikit nak postkan cheese cake yang dibuat hari tu, masih kesibukan walaupun masih masak yang simple simple dan biasa biasa saja.  Tak payahlah nak update masakan yang sudah biasa dimasak dua tiga kali kerana semua orang pun membuat perkara yang sama jua...


Memasak cheesecake memang mudah.  Dulu masa mula mula mencuba resepi ni, betul betul tak confident bukan apa, bukan makanan kitakan.. tapi apabila dah cuba memahami cara dan quality tiap tiap masakan tu, maka dengan sendirinyalah akan mendapat menggunakan teknik teknik yang kita sendiri rasa boleh memberikan kualiti sesuatu masakan.


Ini merupakan cheese cake yang biasa sahaja, tanpa topping, walhal pada mulanya, nak buat blueberry cheesecake, tiba tiba termalas pulak... kena ada mood juga tu! Tak apelah bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba boleh jugalah nak mencuba resipi ni.. Jika diperhatikan cheesecake ini, lapisan atas saja dibiarkan sedikit garing manakala didalamnya masih lembut dan 'creamy'.  Biskut 'Chipsmore' digunakan sebagai lapisan bawah untuk cheesecake ni..  


 Bahan Bahan untuk lapisan bawah:
12-15 keping biskut Chipsmore
1/2 cawan butter

Bahan Bahan  Cheese
500 gm cream cheese (Brand Turtura)
3 Biji Telur (grade A)
1/2 cawan gula
1 camca kecil vanilla
2 camca besar tepung gandum
sedikit garam

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah C dan sediakan acuan bulat (Anggaran 6 inci diameter) yang boleh ditanggalkan bawahnya.

2. Cairkan mentega (samada dalam ketuhar atau atas api didalam kuali kecil).

3. Ambil kira kira 12-15 keping biskut 'Chipsmore'  dan hancurkan dengan menggunakan pengisar kering hingga menjadi serbuk yang halus.

4. Tuangkan mentega yang dicairkan kedalam biskut dan kacau hingga sebati.

5. Tekankan adunan biskut didalam acuan supaya leper diatas permukaan acuan dan sejukan didalam peti sejuk dibahagian 'freezer' selama 10-15 minit sehingga adunan mengeras.

6. Putarkan cream cheese hingga kembang, masukan telur sebiji sebiji dan putar hingga kembang.

7. Masukan gula, vanilla, tepung gandum dan sedikit garam dan putar lagi sehingga adunan menjadi 'creamy smooth'.

8. Tuangkan keatas acuan yang disejukan tadi dan bakar selama 25-30 minit dan sejukan sebelum memotongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...