Ahad, Mei 05, 2013

Ayam Berempah

Salam semua, semalam satu Malaysia telah menjalani pilihanraya 2013.  Alhamdulilah Malaysia masih aman walaupun terdapat sedikit peristiwa yang seharusnya tidak berlaku pada masyarakat kita yang matang pemikirannya.. Agaknya ketaksuban membuat mereka menjadi begitu...  Kalau difikirkan .. politik Negara terletak kepada kebijaksanaan pengurusan negara, bukan dengan mempamerkan emosi emosi jalanan yang hanya memalukan diri sendiri dari segi akidah kita sendiri.  Pertemuan minda mengenai kewibawaan kepimpinan Masayarakat harus lah diberi keutamaan, bukan senang hendak mentadbir negara ni, lihat saja pada pentadbiran rumah tangga jua.. kalau rumahtangga tidak teratur bagaimana hendak mentadbir negara!  Ini pandangan sayalah... Piliahlah mana mana parti yang sesuai dengan jiwa dan aspirasi asalkan berlandaskan dengan keimanan,  ketakwaan dan kebenaran.

Ni dah melalut sikit, dari tajuk.. bukan apa nak membetulkan apa yang perlu dibetul!.... Kelmarin sempat juga memasak untuk keluarga kerana malas nak memikirkan apa yang perlu dimakan diwaktu waktu orang begitu sibuk memikirkan tentang pilihanraya.. so kalau dah masak, tak payahlah keluar untuk mencari makan, cari saja di Masak Makan ini... ha haa...

Menu pada hari pengundian adalah Ayam Berempah bersama Nasi Beriani.. apa macam bolehke.. Ni dari resipi Mak Mentua... Sedap masakannya.. ayam yang digoreng kering bersama rempah rempah, dimakan pula bersama nasi beriyani dengan tambahan masakan dal dan salad...


Bahan Bahan
1 Ekor Ayam (dibelah 8/12)
1 biji Tomato (dibelah 4)
1 biji Cili Merah/hijau (potong memanjang)        
1 batang daun kari
1-2 cawan air
sedikit garam
1-2 sudu minyak sapi

Bahan Bahan Tumis
1 biji bawang besar (dadu/hiris)
3 biji bawang putih (dikisar bersama halia)
1 inci halia
2-3 biji buah pelaga
2-3 bunga lawang
2-3 bunga cengkih
1 inci kayu manis
1 batang daun kari
2-3 sudu besar minyak sapi

Bahan Bahan rempah
1-2 sudu besar rempah kari ayam (Babas)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil garam masala
1/4 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili (terpulang)

1. Panaskan kuali/periuk dengan sedikit minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga kekuningan dan terbit bau.
2. Satukan bahan rempah dengan sedikit air dan masukan kedalam bahan yang ditumis tadi, kacau hingga terbit minyak.
3. Masukan ayam, kacau, dan masukan air (untuk direnih hingga lembut).
4. Apabila ayam hampir lembut masukan sedikit hirisan bawang besar, tomato, cili dan daun kari, biarkan ia sedikit berkuah (sedikit saja) kerana begini ayam, tidak menjadi terlalu kering.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan