Salam semua, masih trauma dengan pilihanraya kita.. sekarang ni, macam macam ceritalah, biasalah pada setiap pertandingan, ada je yang tak betul, masing masing nak menegakkan benang yang basah, apapun, selagi kita aman, kita bersyukurlah dan janganlah pulak tiup isu isu perkauman nanti tak aman pulak... Yang Maha berkuasalah yang maha mengetahui pada setiap perilaku insan didunia ni.. melalut lagi... Masak masakpun boleh juga terfikir dengan benda bendar beginikan.. jangan sangka surirumah, chef chef tidak peka dengan negara sendiri..
Maih... kita sejukan sekejap dengan memakan sayur... orang kata makan sayur baik untuk kesihatan, semua taula... so menu sayur pada hari ini ialah Bak Choy atau sawi putih dengan sos tiram.. Masakan begini pun harus dimuatkan kedalam blog.. nanti anak anak nak refer masa kita tiada pun senang.. sebab anak anak sekarang begitu sibuk hingga lupa apa yang mak masak... yang tahu ngapp je... hmmm asalkan mereka bahagia..
Cara memasak sayur ni, kalau nak diikutkan, masing masing ada cara sendiri.. cara saya beginilah pulak...
Bahan Bahan
1 paket Bak Choy (sawi putih)
2 ulas bawang putih (cincang)
4-5 sudu sos tiram
1/2 cawan air
sikit garam (jika suka... kerana sos tiram memang masin)
2 sudu besar minyak masak
1. Panaskan kuali dengan 2-3 cawan air hingga mendidih dan celurkan sawi ini selama beberapa minit dan toskan.
2. Buangkan air dan keringkan kuali dengan sedikit minyak.
3. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan, dan masukan sedikit air.
4. Masukan sos tiram dan renih sebentar hingga pekat.
5, Tuangkan keatas sayur sawi yang dicelur tadi dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan