Jumaat, Mei 24, 2013

Kueh Sagu

Salam semua, Tea time with kueh Sagu or Sago lah dalam bahasa oreng putih ni... Kueh ni banyak orang tentu tahu buat, tapi nak kena masuk blog juga! Pasal apa kerana generasi akan datang tentu akan tidak tahu membuatnya!  Silap teknik pun tak jadi juga....

Secara serius anak saya pun tak ambil kisah tentang kueh ni, yang tahu ada stall kueh, beli jelah.. Tunggulah nanti kut, ada anak, cucu cicit yang teringin nakkan kueh ni, neneknya tak tahu buat!  So kalau masukkan resipi ini, tentulah, mereka boleh fikirkan..'oh mak pun ada membuat kueh ni' gitu..
Kalau kita ke pasaraya, tentu kita akan menjumpai sagu yang dijual didalam paket bewarna merah atau hijau, sorilah lupa pulak nak ambil gambarnya.  Kalau tak tahu, tanye jelah... Tentu dapat!  Cara membuatnya, ialah dengan memasak air gula sebanyak 2 cawan dengan 3/4 cawan gula hingga mendidih, masukkan pandan dalam sehelai dua atau dengan satu sudu air ros hingga mendidih. Letakkan sagu kedalam tapis dan basahkan sagu dengan air dan biarkan ia didalam tapis. Apabila air sudah mendidih, masukkan sagu dan kacau dengan api yang perlahan hingga ia menjadi berkilat. Tuangkan kedalam acuan atau caserole dan biarkan ia sejuk sebelum memotong dan menggolekkan kedalam kelapa yang sudah digaulkan dengan garam.

Bahan bahan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 sudu kecil air ros
1 cawan sagu biji bewarna merah/hijau
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...