Selasa, Mei 07, 2013

Lemak Udang bersama Pucuk Ubi


Salam semua,  bila baca fb tak habis habis  lagi cerita PRU13.. hi hi... yang salah dibetulkan, yang benar harus dibenarkan.. so Democracy is Alive!!, Malaysian makin matang menyampaikan apa yang harus disampaikan... Hentikanlah politik fitnah memfitnah bagi kedua pihak, sesungguhnya anda diperhatikan.. bukan saja dibawah tapi nun diatas jua... melalut lagi... selagi boleh melalut apa salahnyakan! kan! kan! 

Politik politik juga, masak pun masak juga, makan pun makan juga.. kalau tidak... hidup tak jalan.......
Ni nak cakap pasal masak lemak udang bersama dengan pucuk ubi ni... wah!! betul betul terangkat.. Kali pertama mencuba pucuk ubi adalah dirumah emak, dimana kakak Indon tu memasaknya, yang sedapnya, pucuk ubi ni berlainan sedikit, kerana daunnya cantik sekali saperti bentuk bunga, lupa pulak nak tanya ubi apa.. nanti nak google.. malah daunnya lebih lembut dan enak bila dimasak lemak begini.
Disebabkan suka sangat dengan pucuk ubi ni, saya telah mengambil batangnya dan terus tanamkan ia didalam pasu, senang juga dia tumbuh sehingga hari berjaya menikmati hasil tanaman sendiri gitu...
Resipinya adalah saperti dibawah.


Bahan Bahan
10-12 Udang bersaiz besar (bersih dan buang setengah drpd. kulit dan uratnya)
2 genggam pucuk ubi (dihiris jika suka)
1 kotak santan
1-2 sudu besar minyak masak
sedikit garam

Bahan Bahan Kisar/tumbuk
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
3-4 biji cili merah
3-4 biji cili padi (hijau)
1/4 inci lengkuas

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga terbit bau.
2. Masukan santan kotak dengan 1-2 cawan air (anggaran).
3. Masukan garam dan pucuk ubi dan renih sebentar (4-5 minit)
4. Masukan udang dan masak hingga hampir mendidih dan padamkan api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan