Isnin, Mei 13, 2013

Rendang Ayam Berkuah

Salam semua.. Hari ni masak ayam, ayam dan ayam lagi! Selagi ada ayam, masak ayam, kesian ayam ayam semua... Nasib kaulah! Tapi masakan ayamlah yang poular sekali di dunia ni..

Masakan ni saperti memasak rendang jua, hanya berkuah je.. Senang kalau ada kuah, tak payah nak masak masakan yang berkuah gitu.. Cara saya memasak adalah saperti dibawah. Cara orang malas.. Tak nak susah susah.


Bahan Bahan
Beberapa ketul ayam (terpulanglah)
1 helai daun kunyit
1 biji limau nipis
1 santan kotak
1-2 sudu besar cili boh
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula sebagai perasa
1-2 cawan air

Bahan bahan kisar
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 batang halia

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar , dan masukan cili boh (anggarkan kepedasan/kemerahannya), kacau hingga. terbit bau.

2. Masukkan bahan perasa (garam, gula) dan masukkan ayam dan kacau sebentar.

3. Masukkan santan dan air. Renih sebentar hingga kuah menjadi pekat, perahkan asam limau dan masukkan kerisik, renih sedikit lagi. Biarkan ia berkuah sebelum menutup api.

Hidangkan dengan hirisan daun kunyit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan