Jumaat, Mei 03, 2013

Wallnut Chocolate Chip Cookies


Salam semua, hari ni ber-cookies lah pula... tiba tiba anak dara teringin nak membuatnya.. so ape lagi, biarkan sajelah.. asalkan dia tidak membuang masa dengan benda benda yang tidak mendatangkan faedah tu lebih baik lah belajar masak.

Selepas makan tengah hari, maka dia memulakan ekspedisi membaking dengan membawa laptopnya sekali... Tak saperti dizaman dulukan! hanya buku resipi yang dibawa masuk... hmmm... zaman dah berubah! banyak perbezaan diantara ibu dan anak... 

Kali ini, cookies ini berlainan sedikit dari yang pernah dibuat dilittlekitchen tu, hanya dengan sedikit penambahan walnut pula untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Wallnutnya pula dicincang dan dicampurkan kedalam dan diluar adunan bersama cokelat cip tu, dengan taburan diluar, jadi apabila membakar, tidaklah ia tenggelam dan leper tanpa menampakkan chocolate chip dan wallnut.

Adunan chips ini sungguh rapuh dan boleh disimpan sebagai snek untuk beberapa hari jadi tak payahlah nak susah susah nak beli biskut chipsmore, kegemarannya.

Malah dengan membuat sendiri pula banyaklah quantiti dari yang dibeli, lagipun senang je nak membuatnya.

Sesuai juga lah untuk minum petang.

Tak usah kata kanak kanak, semua orang pun suka termasuklah orang tuan saperti saya, tapi taklah over!

Bahan Bahan :
_______________
200g tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil soda bikarbonate
120g butter
165g gula
1 biji telur
1-2 sudu serbuk koko (anggaran)
1 sudu kecil esen vanilla
210 g cokelat chip (Hershey)
1 cawan wallnut (dicincang)

1. Panaskan oven pada suhu 200 C, dan alaskan tin pembakar dengan kertas pembakar.
2. Ayak tepung, serbuk koko, garam, soda bikarbonate didalam satu bekas dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk yang lain, pukul butter dengan gula hingga kembang.
4. Masukan telur dan vanilla, kemudian satukan dengan tepung yang diayak tadi.
5. Masukan 1/2 cawan daripada wallnut dan chocolate chip tadi.
6. Kaupkan dengan sudu besar dan taburkan lagi chocolate chip dan wallnut diatas adunan tadi.
7. Bakar hingga kekuningan pada selama 14-15 minit dan sejukan.


 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...