Khamis, Jun 06, 2013

Karipap Sardin Bakar

Salam Jumaat semua! Memulakan sarapan pagi dengan karipap dari lebihan lauk sardin yang dimasak semalam.. Dah lama dah teringin nak buat karipap sardin ni.. Kerana kesibukan sana sini maka hari ini barulah ada peluang untuk membuatnya!


Aturan biasa digunakan untuk membuat karipap tapi dengan cara begini, lebih menyenangkan memandangkan ia lebih praktikal dan menjimatkan masa, so sesiapa ada lebihan dari lauk sardin tu, hanya ketepikan ikan dari kuahnya dan lenyek lenyek kan saja ikan tu sebagai inti! Bukan tak biasakan! Perbezaan nya ialah daripada digoreng, ia dibakar dengan sapuan telur hingga kekuningan, kalau malas juga pakai je pastri yang dah siap! Habis cerita!


Bagi pastri yang home made ini, hanya memerlukan 2 cawan tepung gandum yang di gaulkan dengan 1/2 cawan butter menggunakan 'rub in' method' sehingga 'crumble' kemudian diulikan dengan air ais yang campurkan dengan sedikit garam. Kemudian doh dibahagilan dua, yang satu lagi diulikan dengan 'vegetable shortening' dan dibulat bulatkan untuk mendapatkan 6 biji bebola doh yang kemudian disatukan saperti karipap lapis yang pernah saya buat dahulu! Setelah duli, dikepilkan, ambilkan sebiji telur, dipukul untuk disapukan pada karipap sebelum dibakar pada suhu 200-210 darjah hingga kekuningan.


Bahan Bahan untuk Pastri
2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan butter
sedikit garam
1 gelas air ais (air yang disimpan dipeti sejuk pun boleh
1-2 sudu besar vegetable shortening
1 biji telur (dipukul)

1. Masukan tepung kedalam mangkuk dengan sedikit garam.
2. Potong butter segi empat kecil dan dengan menggunakan hujung jari, cairkan butter dengan memicit butter kedalam tepung hingga menjadi 'crumble'   hingga habis (ini dinamakan rub in method)
3. Masukan air sedikit sedikit, uli hingga tepung tidak melekat pada mangkuk dan bahagikan kepada dua bahagian sama besarnya.
4. Satu bahagian diuli bersama 'vegetable shortening' (asingkan) dan satu dibiarkan.
3. Bulatkan kedua dua adnunan sebesar  bebola golf  sama rata jumlahnya.
4. Leperkan adunan tanpa 'shortening' dan masukan bebola 'shortening dan dibalutkan sebelum dileperkan semula beberapa kali saperti gambar diatas.
5. Masukan inti sardin lipat dan klimkan karipap hingga habis.
6. Letak diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur dan bakar hingga kekuningan

Bahan bahan inti sardin
1 tin kecil sardin (cap apa ikut sukalah saya selalu gunakan cap ayam)
1 labu bawang besar (dadu)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 biji tomato (dadu)
sedikit garam
1/2 biji limau nipis (perah pada sardin)

1. Lenyekkan ikan sardin tanpa sos nya, dengan menggunakan garfu.
2. Masukan bawang, cili, tomato dan jus limau nipis.
3. Kacau hingga sebati

1. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan campuran sardin tambahkan sedikit garam dan lada hitam.
3. Masakan hingga sedikit kering dan ketepikan.
(Menggunakan lebihan masakan sardin yang biasa dimasak adalah lebih mudah...)

# Panaskan oven dahulu selama 10-15 minit pada suhu 180darjah C sebelum membakar karipap ini dan bakar selama 30-35 minit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan