Jumaat, Jun 28, 2013

Mee Kari Udang




Salam semua!.. Semalam dah pesan pada En. Hubby suruh belikan bahan bahan mee, sudah dua tiga hari kepingin pula nak makan mee kari.. nak keluar malas!  So buatlah mee kari untuk berdua saja.. Ringkas je masakan ni, tak banyak bahan pun, so.. less is more.. maknanya yang senang lebih sedap..  Biasanya, kalau mee kari saya suka meletakkan ayam pada kari so kali ni cobalah pula dengan isi udang.. lebih cepat dimasak gitu..

Memasak dengan menggunakan udang sebagai bahan, adakalanya, orang lebih suka menyimpan kulitnya untuk mendapat kemanisan kuah nanti, tapi saja je nak buat begini supaya senang nak ngap.. tak payah nak kopek kulit udang tu.. macam macam lah...banyak songeh.. so kalau nak simple resipinya begini saja...


Bahan Bahan
1 kg Mee kuning (dicelur selama 1-2 minit)
2 taukua kuning (dibelah dua dan digoreng dengan sedikit minyak, kemudian dihiris)
2 biji telur (direbus dan dibelah 4)
1 pokok daun bawang (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris)

Bahan Bahan Kari
1/2 kg udang besar (buang kulit dan uratnya)
2 sudu besar rempah kari (Ayam - Babas)
1 liter santan kelapa
1 biji bawang besar (didadu)
2 ulas bawang putih (dihiris/ketuk)
1 tangkai daun kari
2-3 keping buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
1 inci kayu manis
3-4 sudu besar minyak
garam dan sedikit serbuk perasa maggie

1. Panaskan periuk dengan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari.
2. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkit dan kayu manis, kacau hingga terbit bau.
3. Masukkan rempah kari yang dicampurkan dengan sedikit air, kacau hingga terbit minyak.
4. Masukkan santan, renih beberapa ketika hingga mendidih dan masukkan udang.
5. Masukkan tomato dan renih lagi hingga terbit minyak (jangan terlalu berminyak)
6. Sediakan pinggan, masukkan mee, takua, taugeh, telur, daun bawang dan cili merah yang dihiris dan tuangkan kuah mee sebelum dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...