Isnin, Jun 17, 2013

Roti Nan dan Keema (Daging)


Salam semua, hari ini baru ada masa nak update resipi Roti Nan dan Keema ni.. buat beberapa ketika sibuk dan ada pulak masaalah nak update blog kerana laptop yang lama tu ada masaalah yang tak dapat dielakkan!  Kali ni pulak you... dapat lappy baru yang dihadiahkan oleh anak anak kesayangan! Wah gembira Emak ni! Harap harap jangan terlalailah pulak beronline selalu. Apapun sebagai blogger tentu ketagih juga nak buat blogging kerana mengisi masa lapang yang terluang...

Hari tu kan ada buat kueh Pau dari tepung yang dibeli siap, dek kerana berlebihan tepung tu, waktu makan malam pada hari itu takkan nak makan Pau yang dibuat pagi tu.. dan masih juga ada inti pau dari keema yang berlebihan.. so pagi petang makan pau hingga ke malam, muka nanti macam Pau pulak!  Aleh aleh nak bagi senang bagi senang cerita, pau tu dileperkan, ditarik tarik saja dan terus disumbatkan kedalam oven dan dibakar beberapa minit saja.. agak cepat sebab tidak memerlukan banyak masa kerana tepung yang disimpan didalam peti sejuk, dikeluarkan, dinyah beku dan terus dibikin saja... tak membazir pun!


Rasanya sedikit manis tapi masih boleh tahan! tak akan kena diabetes.. sedap pulak dimakan bersama keema ni! Rangup gitu..  Kalau tak percaya cobalah cari adunan pau yang senang didapati, kalau tidak buat sendiri saja adunan itu... Tak susah manapun...


Kalau saya nak updatekan resipi ini tentu buang masa. so boleh refer je pada resipi pau saya dan terus membuatnya kerana semua bahan bahan adalah serupa... Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan