Isnin, Julai 29, 2013

Acar Timun pedas


Salam Ramadan ke 20... betulkan!.. duduk tak duduk dah nak habis puasa.. tak apa nanti puasa 6 Still life goes on.. masak kena masak, makan kena makan. Tak habis lah kerja orang perempuan ni.. Hari ni ada buat nasi beriani versi sendirilah.. dimakan bersama ayam berempah dan acar ini.. cukup dengan tiga mata ni .. asalkan ada juadah berbuka.. Kalau makan luar selalu pun budget lari juga.. mana nak raya, mana nak buat kueh.. ada ada je..

Hidangan ini hanya untuk 2 orang saja.. almaklumlah bila anak anak dah besar, tinggal lah pasangan tua yang tak berapa romantik dah.. still tanggung jawab isteri untuk suami tidak dilupakan.. makanlah berdua!!

Bahan Bahannya
1 batang timun size kecil (dipotong 1 inci memanjang)
1 batang lobak merah (keci) (dipotong 1 inci memanjang)
2-3 ulas bawang putih (dihiris/atau biarkan begitu)
1 bawang besar (dihiris atau gunakan saja bawang kecil tanpa dihiris)
1 cili merah (dipotong memanjang dalam satu Inci)
1 inci halia dihiris halus.
1/2 cawan kismis hitam

Bahan Bahan Tumis
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar cili boh
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil garam
1-2 sudu besar gula
1-2 sudu besar cuka
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak,  tumis bawang merah, bawang putih dan biji sawi hingga terbit bau.
2. Masukan cili boh, jintan manis, jintan putih, kacau sebentar hingga terbit minyak
3. Masukan garam, gula, air dan cuka, renih sebentar.
4. Masuk hirisan lobak merah, timun, halia, bawang putih,bawang merah/besar, cili merah dan kimis. Renih hingga kuah menjadi sedikit dan terbit minyak dan tutupkan api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan