Ahad, Julai 14, 2013

Daging masak hitam


Salam semua, ini hidangan untuk hari kelima berbuka.. MashaAllah... daging... ayam.. daging .. ayam.. terpaksa dimasak kerana rumah penuh hari ni.. Kalau tidak biasa biasa jea..Bila dapat call yang diaorang datang, so dengan spontan sajalah masak apa yang ada.. 

Ni daging masak hitam, favourite lah ni.. tapi tak makan selalu selalu hanya kadang kadang bila teringin itu pun boleh dapat kat Nasi Kandar kan! dimakan pula dengan nasi putih, bertelur masin dan sayur pun ok juga tu.. Masakan ini disediakan dengan perapan daging dahulu sebelum digoreng, senang begitu daripada menumis dan memasukan sesuatu bahan, cara begini senang dan relax sikitlah.. so untuk resipi seperti dibawah.

Bahan Bahan
1/2 kilo daging batang pinang(dihiris anggaran 1 inci lebar)
2 batang serai
1 batang lobak merah (terpulang nak masukan - dipotong kasar)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1-2 cawan air
3 sudu besar minyak
garam sebagi perasa

Bahan Bahan perapan
1-2 sudu kecil cili boh
1-2 sudu kecil jintan manis
1-2 sudu kecil jintan kasar
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu rempah kari (daging)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (ditumbuk bersama bawang putih)
4-5 sudu besar kicap pekat

1. Perapkan daging dengan bahan perapan dan biarkan sebentar.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng daging hingga terbit minyak.
3. Masukan air, renih hingga daging menjadi lembut (ditokok tambah dengan air)
4. Apabila kuah tinggal setengah masukan lobak merah, renih sebentar untuk dilembutkan.
5. Masukan bawang besar, garam dan kacau selama 2-3 minit sehingga kuah menjadi pekat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan