Khamis, Julai 11, 2013

Gulai Daging ( berkacang panjang)


Salam semua, dah dua hari kita berpuasakan! semalam tak masak, bukan malas, tapi memikirkan hanya dua orang je nak makan, so nak mencubalah pulak berjalan jalan dipasar Ramadan, Wah.. susah juga nak kawal nafsu ketika itu, masa lapar semua rasa nak lantak, tapi bila fikir fikirkan balik, hmm... mesti tak habis, sebab nak masuk keperut hanya dalam sepinggan nasi dan sedikit kueh boleh membuat kita tersandarlah juga, nanti tak terawih pula... Maka dibelilah nasi ulam, hmmm.... boleh tahan tapi masaalahnya entah bersih atau tidak, kerana apabila makanan yang dijual tanpa ditutup, ada juga lalat yang mengharunginya, nak buat cerita, kenalah juga sakit perut sana sini..

Hari ni tak nak beli dah, memandangkan ada daging dan kacang panjang, cadangnya boleh masak dua lauk yang berasingan, hmmm.... malas juga.. jadi main hentamlah dengan kari daging bersama kacang panjang ni... two in one lah katakan... tak payah nak masak sayur lagi.  Malah kari daging ini tak dimasukan santan.. direnihkan sahaja bersama ubi kentang setelah ditumis sebelum memasukan kacang panjang.. senang gitu, tak perlulah santan banyak banyak, sihat juga kalau masak begini. Untuk resepinya saperti dibawah.


Bahan Bahan
1 mangkuk daging batang pinang (dihiris halus)
2-3 batang kacang panjang (dipotong 1 inci)
4-5 biji Tomato Ceri
2 biji ubi kentang (dibelah 4/6)
3-4 gelas air
1-2 sudu minyak sapi
garam sebagai perasa

Bahan Bahan Tumis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (disagat/tumbuk bersama halia)
1/2 inci halia
2-3 sudu besar rempah kari daging (Babas)
1 helai daun kari
2-3 buah pelaga, bunga lawang,  cengkih dan 1 inci kayu manis

1. Panaskan periuk dengan minyak sapi, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau.
2. Masukan buah pelaga, bunga lawang, cengkih dan kayu manis.
3. Masukan rempah kari yang dicairkan bersama sedikit air, kacau hingga terbit minyak.
4. Masukan daging, kacau sebentar dan masukan garam.
5. Masukan air dan renih hingga mendidih dan masukan ubi kentang. renih lagi hingga daging menjadi empuk, anggarkan campuran air untuk melembutkan daging, dan renih lagi hingga kuah menjadi setengah dan pekat, masukan kacang panjand dan tomato, renih lagi selama 3-5 minit sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...