Salam semua.. dah 18 hari kita berpuasakan.. cepat masa berlalu, nak tunggu count down raya pula, tentu banyaklah kerja bagi kaum ibu, di akhir akhir ramadan ni.. hingga letih tak terkata.. apapun elok juga dengan kekuatan yang ada dapat diisi dengan ibadah, hanya pandai pandailah kita mengatur waktu dan terpulang dengan kemampuan jua dalam pengurusan rumah, pakaian dan juadah yang perlu diberi perhatian.
Hari ni, anak daraku teringinlah pulak nak makan gyoza, satu makanan jepun.. tapi dibuat dengan cara sendiri sahaja, bukan resipi original untuk intinya.. Membuat gyoza ni senang saja, hanya yang perlu dilakukan adalah menyediakan intinya sahaja, manakala kulitnya dapat dibeli dipasaraya dalam satu paket bulat yang kecil, jadi kita hanya memasukan inti, dilipat dua, dan dikepilkan dengan menggunakan air untuk menutupnya. Selalunya intinya disediakan tanpa memasaknya terlebih dahulu, tetapi kerana nak menjimatkan masa, saya memilih untuk memasaknya. Ia kemudian digoreng dengan sedikit minyak sebelum memasukan air kedalam kuali (saucepan) dan tutup untuk dikukus sebentar sebelum mengangkatnya. Sedap dimakan bersama kicap cair atau sos cili/tomato.
1 paket ayam cincang
1 lobak merah dihiris halus atau memanjang
1 pokok daun bawang (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk/cincang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar lada hitam
2-3 cawan air
garam dan sedikit perasa maggie
2-3 sudu besar minyak
1 paket kulit gyoza
1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan halia hingga terbit bau.
2. Masukan isi ayam cincang, kacau goreng hingga putih.
3. Taburkan sedikit serbuk lada hitam.
4. Masukan 1 cawan air.
5. Masukan sos tiram dan kicap cair. (garam jika perlu)
6. Masukan lobak merah dan renih hingga kering dan masukan daun bawang, kacau dan sejukan.
7. Ambil satu daripada kulit gyoza, letak inti ditengah dengan menggunakan sudu kecil, lipat dua, gamkan hujungnya dengan sedikit air dan kepilkan dibahagian tengah dan habiskan kepilan hingga akhir.
8. Panaskan saucepan/kuali dengan 2-3 sudu besar minyak masak, dan goreng sedikit untuk mendapatkan sedikit warna kegaringan, masukan 1 cawan air dan renihkan ia untuk beberapa minit hingga mendidih dan keluarkan. Hidangkan dengan sos cili/tomato/kicap cair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan