Sabtu, Julai 13, 2013

Nasi Jintan




Salam semua, dah empat hari dah kita berpuasakan! sekejap je masa berlalu..Hari ni hujan lah pulak, ingat nak bodeklah suami pergi makan luar walaupun dekat dekat je supaya senang bermaghrib nanti.. tengok tengok hujanla pula satu hari.. bila dah begini, malaslah nak keluar, so apa lagi.. En. Suami pula seronok bila kita katakan nak masak.. Wah.. Wah.. apa lagi sarananya ha... masak yang mudah mudah sudahlah.. Grrr.. senang je bercakap!  kita pun nak makan best best jugakan tambah lagi hujan gitu.. fikir punya fikir ini lah yang dapat dihidangkan untuk berbuka nanti.. Nasi jintan bersama Ayam masak jintan bersantan... semuanya tan.. tan .. tan kan... jangan naik santan sudahlah!.

Nasi ni biasa dimasak oleh mertua, tapi cara dia cara dialah.. ni nak main hentam.. hentam je supaya mudah tak payah nak susah.. asalkan sodap dan lembut pun jadilah.. Siapa yang tak suka masak yang senang senangkan.... Caranya ditumis atas je.. setelah nasi ditanak didalam periuk elektrik.. so.. bahan bahan ditumis asing dan dituangkan saja kedalam periuk nasih yang sedang mendidih.. habis cerita.. untuk bahan nya saperti dibawah..





Bahan Bahan
1 pot beras basmati (untuk 2 hidangan)
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
1-2 helai daun pandan
1-2 sudu kecil jintan halus
sedikit garam

Bahan Bahan tumis
1 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia diparut/tumbuk
Rempah serangkai - 2/3 buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, 1/2 inci kayu manis
1-2 sudu kecil jintan halus
1-2 sudu besar minyak sapi


1. Basuh beras dan masukan air dan masukan kedalam periuk nasi elektrik dan didihkan bersama sedikit garam dan daun pandan.
2. Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah serangkai hingga terbit bau.
3. Masukan jintan halus dan kacau sebentar, tuangkan pada nasi yang sedang mendidih, kacau dan masukan susu/santan, tanak nasi hingga kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan