Sabtu, Julai 27, 2013

Nasi Lemak Jintan


Salam semua... haii... keinginan sianak yang mahukan sambal sotong tidak akan dihampakan sekiranya anak pulang dari kolej kerana memahami sudah tentu dia merindukan masakan ibu.. tambah lagi dibulan puasa ni, faham fahamlah macam macam keinginan akan muncul..dik kerana inginkan sambal sotong, terfikir pula, kalau dimakan bersama nasi lemak tentu menyelerakan.. 

Yang sedihnya, pokok pandan ku mati lah pulak, so, nak masukan daun pandan pada nasi lemak tu digantikan dengan menggunakan jintan halus sebagai pewangi... rasanya emak pun pernah memasaknya begini.. so.. sesiapa yang tiada berdaun pandan tu boleh lah mencuba membuat begini. 

Seperti biasa hidangan sampingan saperti ikan bilis, kacang goreng, timun dan telur mata disediakan sekali, maka sampailah hajat sianak ni...

Bahan Bahan untuk Nasi Lemak
1 pot beras basmati/biasa (biasakan guna tin susu sebagai sukatan)
3 1/2 cawan  air
1/2 kotak satan kelapa
1-2 sudu kecil jintan halus/putih
1 inci halia (dipotong kasar)
3-4 ulas bawang kecil (dimayang)
sedikit garam

1. Basuhkan beras, masukan air dan santan kelapa dari 1/2 kotak pati santan (boleh gunakan cara lama untuk sukatan air dengan menggunakan jari).
2. Masukan bawang merah, halia, garam dan jintan halus dan tanak diatas periuk elektrik hingga masak, kacau dan hidangkan dengan sambal tumis yang sukai.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan