Salam semua... hari ni nak update Sambal Tumis Sotong kegemaran ku!! Hai.. teringatlah masa kecil kecil dulu.. yang menyebabkan sambal ini menjadi nostalgia hingga sekarang.. Ceritanya bermula apabila mengunjungi remah sepupu.. Saya tak pernah suka memakan sambal, takut pedas gitu.. hai budak budaklah katakan.. mak pun tak pernah nak menggalakan masakan pedas begini... tapi apabila melihat sepupu menjamah nasi dengan sambal dicampurkan dengan kicap lagi hingga nasi pun menjadi merah hitam gitu... wah.. wah.. saya pun mencoba! Wow!! kicklah.. sejak itu ia menjadi favoritelah.. kena je sambal dengan nasi pasti dicampurkan kicap... Tak caya cobalah...
Ni nak updatekan dekat sini adalah kerana anak dara ku dan anak dara sekarang jarang memasak! Yang dia orang kenal western food!.. zaman dah bertukar.. semuanya senangkan.. tapi cayalah bila dah ada anak pasti satu hari teringin juga nak masak makanan yang emak masak.. bila suruh masak, 24 jam sibuk saja.. so, kalau begini faham faham.. lah bila mak dah takde nanti...
Bahan Bahan
1 kg sotong yang bersaiz besar (dibersihkan, dipotong memanjang/bulat)
1 labu bawang besar (dadu)
3-4 sudu besar cili giling/boh
1.4 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
2-3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
2-3 sudu gula
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cili giling/cili boh, kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan santan, renih seketika dan masukkan sotong.
4. Masukkan air asam jawa, renih lagi hingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak, terus tutupkan api
Tiada ulasan:
Catat Ulasan