Rabu, Julai 03, 2013
Sotong Berempah
Salam semua.... Hari ni mencuba sotong goreng berempah tapi berkuah sedikit, tak banyak tau, sikit saja, cak cak gitu.. Tak pernahlah pula mencuba memasak sotong begini, kerana selalnya kalau sotong saya lebih menggemari sotong sambal tumus, sotong goreng kunyit dan sotong goreng tepung.. so.. duduk tak duduk, main hentam sajalah...
Masakan begini memang mudah dan cepat, kerana untuk seafood atau makan laut, tidak memerlukan masa yang lama untuk masak kalau tidak sotong atau udang akan menjadi liat gitu..so keep in mind, makanan laut tak perlu dimasak dengan masa yang lama.. ni dengar dengar dari chef cheflah.. so boleh kita share petua ni bersama.
Bahan Bahan
1 kg sotong bersaiz besar (buang kulit, tulang dan bersihkan didalamnya)
1 biji Bawang besar (Bombay Onion)
1 cili merah (hiris)
2-3 cherry tomato
1 tangkal daun kari
2-3 sudu besar minyak masak
garam, gula dan lada hitam kisar sebagai perasa.
Bahan Bahan perap
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1-2 sudu kecil cili boh/cili serbuk
1 sudu kecil garam
1. Perapkan sotong dengan bahan bahan perap selama 5-10 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng sotong untuk 2-3 minit hingga terbit minyak dan masukkan air lebihan perapan kedalam kuali, masukkan garam dan gula kacau dan renih seketika.
3. Masukkan bawang besar, cili merah, daun kari dan tomata, kacau selama beberapa minit dan terus angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan