Salam Semua! Hari ni berkesempatan nak masak tofu telur bercili.. Masakan yang mudah dan segera sebagai lauk tambahan atau sampingan untuk makan tengah hari. Anda semua tentu biasa dengan tofu yang senang didapati dalam paket plastik yang biasa juga disebut sebagai Tauhu Jepun yang lembut tu.. Ia agak licin dan haruslah berjaga jaga untuk memotongnya kerana ia mudah pecah. So.. semasa memotong plastik tu, pastikan ia digunting dibahagian belakang plastik dan bukan pada muncungnya. Ia kemudian dihiris bulat bulat dan terus digoreng dengan minyak yang sedikit, cukup untuk memenuhi sebahagian atau setengah daripada tofu, sebelum dibalikkan untuk digaringkan. Setelah digoreng ia diangkat dan terus ditumis sambal dengan sedikit minyak dan dituangkan saja pada tofu ini.
Senangkan! kalau nak ratah saja pun boleh... untuk resipinya adalah saperti dibawah.
Bahan bahan
__________
2 paket Tofu Telur
Sedikit daun Parsley
1 cawan minyak
garam dan gula sebagai perasa
Bahan Bahan kisar/tumbuk (kasar kasar)
2 batang cili merah (masukkan cili api jika suka)
1-2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit daun parsley/daun sup
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, potong bulat bulat tofu telur dan perlahan lahan masukkan tofu dan goreng hingga bawahnya garing dahulu sebelum membalikkan untuk digaringkan sebelah lagi dan terus angkat.
2. Anggarkan minyak didalam kuali yang telah goreng tofu tadi dalam anggaran 1-2 sudu dan tumis bahan kisar.
3. Tambahkan garam dan gula, goreng hingga keluar minyak dan tuangkan keatas tofu tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan