Rabu, Ogos 21, 2013

Kari Udang bersama Kentang



Ini adalah salah satu resipi pojaan keluarga ini.. tak kiralah kolestrol ke tak kolestrol ke.. sekali sekala masak tentu licin .. kena dengan nasi putih tentu sodap! Lama juga tak masak gulai udang ni.. Seperti juga gulai ayam atau daging, memasak gulai atau kari udang lebih cepat masanya.. kerana udang tak perlu masa yang lama untuk memasak, yang penting ubi kentang yang dicampurkan haruslah benar benar lembut sebelum memasukan udang. Seeloknya udang tidak dibuangkan kulitnya, tapi saya lebih suka dia berkemban sikit, supaya senang makan gitu!! tarik jea kulit yang dibawahnya.. senangkan.. tak payah nak kopek kopek kulit, kerana ada juga yang komplen susah nak makan.. banyak songehlah tu... untuk resepinya saperti dibawah..

Bahan Bahan
1/2 kg udang yang agak besar (dibuang urat dan setengah dari kulitnya)
1 biji ubi kentang (besar - dipotong empat atau enam)
1 biji tomato (dipotong empat)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus batangnya)

Bahan Bahan Tumis
1 bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (sagat/tumbuk)
Rempah serangakai (2-3 biji bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan 1/2 inci kayu manis)
1 kotak santan
1-2 cawan air
2-3 sudu besar rempah kari ayam/daging (Babas) dicampur dengan sedikit air.
sedikit batang daun ketumbar (dipotong halus halus untuk mendapatkan aromanya)
2-3 sudu besar minyak masak
sedikit garam

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, rempah serangkai hingga terbit bau.
2. Masukan rempah dan batang daun ketumbar,kacau hingga terbit minyak.
3. Masukan 1-2 cawan air bersama santan kotak, kacau sebentar.
4. Masukan ubi kentang dan renih hingga ubi hampir lembut.
5. Masukan udang dan tomato, renih lagi selama 5-6 minit sebelum menutup api.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan