Selasa, Ogos 27, 2013

Mee Goreng




Salam semua,  haa.. hari ni makan malam dengan mee goreng je lah.. Apabila siang tak masak kerana jalan jalan cari makan, jadi malam harus juga difikirkan apa yang harus dimakan. Setelah menjamu selera tengah hari dengan Asam Pedas Ikan Sembilang hari ni.. hmm tentu menaikkan semangat nak masak Asam Pedas, mungkin hari yang sesuai kut! Dalam perjalanan pulang, terjumpalah pula kedai yang masih menjual ikan segar dan bahan bahan masaakn yang lain.. jadi teringatkan malam nanti, apa yang nak makan maka, terjumpalah bahan bahan mee ni..

Memasak mee, saya lebih menggemari jika mee yang dimasak agak 'moist' dan 'slimy' gitu, jadi untuk mendapatkan citarasa sendiri, mee haruslah dimasak dengan lebih berkuah sedikit, dan dikacau goreng hingga kuahnya agak hampir kering, jadi dengan cara ini, mee akan lebih lembut..

Bahan Bahan
1 kg mee kuning
1/2 kg udang basah (buang kulit dan uratnya)
1/2 kg sawi putih (Pak Choy)- potong anggaran 1 inci\
1 batang daun sup & daun bawang (dimayang)
1 cili merah (dihiris)
2 taukua kuning (digoreng dan di hiris)

Bahan Bahan lain
4-5 ulas bawang besar ditumbuk bersama
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar sos tomato
3-4 sudu besar kicap masin
1 gelas air
2-3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukupnya

1. Panaskan kuali dengan minyak dan goreng taukua hinnga garing, ketepikan dan hiris kemudian.
2. Kurangkan minyak jika perlu dan tumis bawang merah dan bawang putih.
3. Masukan udang kacau sebentar.
4. Masukan cili boh, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula, kacau hinnga sebati.
5. Masukan air dan renih seketika.
6. Masukan sawi dan mee kacau hingga sebati.
7. Masukan cili, setengah daripada taukua yang digoreng, kacau hingga keluar sedikit minyak dan tutupkan api.
8. Hidangkan dengan taburan daun sup/daun bawang, taukua dan cili (tambahkan bawang goreng jika suka)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan