Isnin, Ogos 26, 2013

Sambal Ayam




Salam semua,  hari ni beresepi dengan sambal ayam.. masakan yang menaikan selera apabila teringin yang pedas pedas sedikit.  Selera kita selalu berubah  ubahkan.. kadang kadang nak begini, kadang kadang nak begitu.. itulah kelebihan yang Allah beri kan... kalau tidak hidup kita ini, tak banyak perubahan kerana Allah memberi akal untuk kita hidup dengan lebih kreatif dan kehidupan akan lebih manis dan tidak menjemukan.

Untuk resepi ini, saya masih lagi mempunyai perencah rendang yang dibuat lebih kemudian disimpan didalam peti sejuk, jadi apabila hendak masak hanya keluarkan ayam dan tumis saja dengan menggorengkan ayam dengan perapan kunyit, dan sambal nya ditumis kemudian sebelum memasukan ayam itu semula.. Kalau hendak tambah dengan bahan yang disukai boleh jua.. tapi biarlah ia simple begini kerana perut dah keroncong...

Bahan Bahan
6 ketul ayam dipotong dan dibuang kulitnya (terpulang)
1-2 sudu kecil kunyit serbuk
1-2 sudu besar gula
1/2 cawan air
garam secukup rasa 
minyak untuk menggoreng

Bahan Bahan kisar
1-2 bawang besar (dibelah 4)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili merah/cili kering

1. Perapkan ayam dengan kunyit dan garam dan biarkan sebentar.
2. Panaskan minyak, goreng ayam, hingga tiga suku masak dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dalam 2 sudu besar dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
4. Masukan air dan renih sebentar, masukan garam dan gula.
5. Masukan ayam , kacau hingga terbit minyak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...