Rabu, September 18, 2013

Apam

Salam semua.. sekarang baru ada mood nak update resipi apam dari adunan tosai yang jiran sebelah berikan.  Jiran pula seorang India dan kami agak mesra, so kalau ada saja berlebihan masakan dari saya pasti akan diberikan padanya, sebagai membalas jasa beliau juga memberi cokelat, kueh raya Deepavali (of course halal lah,,) dan juga adunan tosai  yang diadun sendiri.. banyak pula yang diberikan! agak agak seperiuk besar yang kemudian saya simpankan kedalam peti sejuk dan memasaknya pada pagi atau malam hari sekiranya ada berlebihan kuah kari ikan.. boleh tahan juga adunan tosai ini jika disimpan didalam peti sejuk.

Memandangkan pagi tu tiadalah berkuah kari atau dhall jadi, secara sepontan apabila melihatkan adunan tosai itu adalah sama juga saperti process membuat apam, tinggalkan ia tidak manis, jadi gula dan pewarna merah ditambahkan ke dalam adunan dan saya terus mengukusnya.. senangkan!! Pernah membuatnya pertama kali pada Ourlittlekitchen tu, kadang kadang terlupa juga... so pagi tu memang menyelamatkan lebihan adunan tosai dan dapat juga menyelesaikan satu resepi untuk sarapan.


Rasanya juga tidak banyak beza juga dengan apam beras yang biasa dibuat oleh orang kita. malah dengan mengukusnya selama 10 minit sudah menampakkan rekahan pada permukaan apam. Penyediaan adunan tosai juga menggunakan beras tetapi ditambah dengan urlundu atau urad dhall (dhall hitam) yang direndam bersama halba selama 6-8 jam baru di kisar bersama sedikit nasi yang telah dimasak.. jadi beza nya, tambahan halba dan kacang hitam itu menjadi alat fermentasi bagi adunan ini. Dalam satu adunan ini boleh dijadikan kepada dua resepi iaitu tosai dan apam.. malah orang orang kebanyakan orang india juga banyak yang membuat begitu.


Bahan Bahan Tosai/apam
1 cawan beras
1/2 cawan urlundu (dhall hitam)
1 sudu kecil halba
1/2 cawan nasi semalam
sedikit garam

Sedikit kelapa yang digaulkan bersama sedikit garam

1. Rendamkan beras, dhall, halba selama 6-8 jam. (elok disediakan pada waktu tengah hari dan kisar pada malamnya, kemudian dibiarkan.
2. Toskan masukan kedalam blender dengan 2-3 cawan air.
3. Masukan nasi semalam dan garam, dan kisar hingga adunan benar benar halus dan sebati. Simpan semalaman di luar (tidak dimasukan kedalam peti sejuk) untuk process fermentasi.
4. Masukan gula anggaran yang diperlukan dan pewarna yang disukai.
5. Panaskan pengukus dengan air yang secukupnya.
6. Sediakan cawan kecil, sudukan bahan memenuhi cawan dan kukus selama 15 minit.
7. Hidangkan bersama kelapa parut diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan