Ahad, September 15, 2013

Ikan siakap goreng kicap


Salam semua, .. ni dah takde kerja ni... saja nak updatekan satu resipi yang dah lama tak masak!  tapi kalau sesekali masak kena pulak dengan nasi putih.. hmmm tentu menyelerakan diwaktu betul betul lapar dan buntu nak masak.

Selalunya Ikan siakap memang sedap dimasak stim atau digoreng tiga rasa, dan saya memang suka kalau ia dimasak gulai atau kari yang dicampurkan dengan terung atau bendi betul betul dapat membangkitkan rasa isi ikan yang agak tawar ini.  So kali ni masak kicaplah jawabnya. 

                     

Bahan Bahan
1 ekor ikan siakap (dibelah tiga ambil isinnya sahaja)
1-2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 labu bawang besar (hiris bulat bulat)
1 cili merah (dihiris)
2 ulas bawang putih
1/ inci halia (dihiris halus)
2-3 sudu besar cili boh
3-4 sudu busar kicap manis dan masin
1 cawan air asam (tambahkan air jika perlu)
minyak untuk menggoreng

1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit dan biarkan selama 5-10 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng ikan hingga hampir garing dan angkat.
3. Panaskan kuali yang lain dan tumis bawang besar, cili, halia, bawang putih hingga terbit bau.
4. Masukan sedikit lada hitam.
5. Masukan cili boh, kacau goreng hingga terbit minyak
6. Masukan air asam, garam, kicap dan renih hingga hampir mendidih.
7. Masukan ikan yang telah digoreng sebatikan dengan kuah nya hingga pekat dan tutupkan api.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan