Salam pagi selasa.. hari ni tiba tiba terbuat muffin pula.. lama juga tak buat muffin. memandangkan lobak merah didalam peti sejuk itu masih banyak.. terfikir juga nak bagaimana nak dihabiskan.. cadangnya nak buat Carrot Cake tapi fikir punya fikir... takde orang dirumah hmm buat muffin jea lah.. sebab muffin memang mudah dan cepat dimasak dan di ngap... begitu saja...dan agak sihat jugakan!!
Membuat Muffin dengan menggunakan minyak canola atau minyak sayuran yang lain dapat menghasilkan tekstur lembut dan 'moist' pada muffin malah lebih cepat dibuat daripada menggunakan butter kerana tak payah hendak menunggu lama lama untuk mencairkan butter tersebut. Malah minyak sayuran jenis minyak jagung, minyak kacang juga boleh digunakan. Adalah kebiasaan bagi saya menggunakan minyak Canola untuk semua masakan saya.
Bahan bahan Kering
1 1/4 cawan (250 ml) tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula halus
Bahan Bahan Basah
2 biji telur (bersaiz besar)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak canola
Bahan lain
2 cawn lobak merah (disagat halus)
1/2 cawan kismis kuning.
1/2 cawan hirisan badam
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C dan sediakan tin muffin yang disapukan dengan sedikit butter/minyak.
2. Satu kesemua bahan bahan kering dan kacau rata.
3. Pukul bahan bahan basah hingga sebati dan masukan bahan kering, lobak merah dan kismis, kacau hingga sebati dan sendukan adunan kedalam tin muffin dan taburkan hirisan badam dan bakar selama 25 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan