Sabtu, September 28, 2013

Popia Goreng


Salam pagi Ahad dengan hujan yang renyai renyai... sepatutnya hari yang agak best untuk melepak diri ni kerana cuaca sejuk... tetapi memandangkan lepas solat, sudah menjadi kebiasaan untuk bangun maka susahlah mata nak nak pejam kembali. Perut pula terasa lapar dan teringat pula kulit popia dan sengkuang yang baru dibeli... Dah teragak agak lah selama tiga hari baru rasa nak buat popia goreng ni.
Ini hasil popia kemalasan namanya, kerana menggulungnya biasa biasa saje tak begitu diberi perhatian pada kekemasannya.. takpalahlan masuk mulut.. hancur semua... habih ceghita.

Selalunya bila membuat popia, saya akan menggunakan kulit popia jenama lain tetapi semasa jalan jalan pada bahagian cold storage terpandang pula kulit popia basah.. setelah mengeluarkannya dari peti sejuk ia tidak berapa 'fresh' jadi terpaksalah menggorengnya daripada membuat popia basah. Agak besar kulit popia ni.. gulung punya gulung haa.... lantaklah.. asalkan boleh makan... boleh tahan jugalah kerana keranguppannya dan sedap dimakan dengan cili sos jea...



Untuk inti nya ada lah sengkuang, lobak merah, timun, bawang besar, daun sup yang dihiris halus tetapi memanjang. Manakala taukua putih didadu halus dan digoreng saja.. Tidak menggunakan bahan basah saperti udang atau ayam, saja dibuat begitu kerana taukua yang digoreng dapat menghasilkan rasa 'crunchy' pada inti popia ini.. So.. kalau nak masukan terpulanglah pada citarasa masing masing

Bahan Bahan.
1 paket kulit popia
3-4 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan Bahan Inti )Dihiris halus/memanjang)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang timun
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang
1 batang daun sup
1 biji taukua putih (didadu kecil)
1-2 sudu besar minyak masak
garam, serbuk lada hitam dan perasa maggie sebagai bahan perasa


1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Gorengkan taukua yang didadu hingga kekuningan dan ketepikan diatas kertas (kitchen towel)
3. Tambah atau kurangkan minyak jika perlu dalam anggaran 1 sudu besar dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
4. Masukan bahan baha yang dihiris, kacau goreng sebentar hingga lembut dan masukan garam, lada hitam dan serbuk perasa dan kacau hingga sebati.
5. Masukan daun sup, goreng sebentar selama 1 minit dan tutupkan api.
6. Bentangkan kulit popia dan letakan intinya memanjang, lipat pada bahagian tepi dan gulung hingga habis.
7. Goreng hingga kekuningan dan hidangkan bersama sos cili/tomato.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan