Isnin, September 30, 2013

Sambal Ayam berbadam

Makan tengah hari dengan sambal ayam pulak.. kena dengan nasi putih memang terangkat.. lama tak masak begini, tapi berlainan juga lah dari resipi ayam yang lain, kerana dicampurkan badam yang dikisarkan bersama bawang, bawang putih, halia dan serai... dan untuk mendapat aromanya ditambahkan saja sedikit daun  sader/sup kedalam nya.


Apabila memasak sambal begini yang agak kering dan pekat, kita akan mendapati lebihan minyak pada masakan ini kerana ia direnihkan hinga agak kering.. jadi tak mengapa, ambilkan sambalnya sahaja, tak payah nak risau risaukan diet ke tak diet ke... yang penting makan dengan bersederhana.. itulah kepercayaan saya... Tujuan memasukan badam adalah untuk mendapatkan tekstur pada sambal ini, malah dimasukan juga sedikit kismis sebagai pemanisnya..


Bahan bahannya
6 ketul ayam (dibuang kulitnya)
1 sudu kecil kunyit serbuk
2-3 sudu besar cili boh
2 sudu besar tomato pes
1 tangkai daun saderi
1 cawan santan
1/2 cawan kismis kuning
garam dan gula sebagai perasa
3-4 sudu besar minyak masak

Bahan Bahan kisar
1 biji bawang besar (4-5 ulas bawang kecil)
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 cawan badam

1. Salutkan ayam bersama kunyit serbuk dan garam dan biarkan sebentar,
2. Gorengkan ayam hingga 3/4 kekuningan dan keluarkan.
3. Kurangkan minyak dari dalam kuali dan tumis bahan bahan kisar hingga terbit minyak.
4. Masukan cili boh dan pes tomato, kacau sebentar.
5. Masukan santan,garam, gula, kismis, dan ayam, renih hingga kuahnya agak pekat dan masukan daun saderi
Renih hingga kuahnya benar benar pekat dan berminyak dan terus tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan