Khamis, September 19, 2013

Sayur Kacang Panjang

Salam semua, hari ni nak masukkan resepi sayur kacang panjang yang digoreng bersama telur. Agak pedas juga resepi ini kerana dimasukan cili boh kedalam dan cili potong. Telur pula digoreng hingga agak kering dengan campuran lada hitam dan sedikit kicap.. so bolehlah dipelbagaikan masakan sayuran kita selain yang biasa biasa je kan...


Bahan Bahan
1/2 kilo kacang panjang (dipotong 1 inci)
1-2 biji telur
1 biji cili merah(dihiris)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang puti
1-2 sudu besar cili boh
1-2 sudu besar kicap pekat
sedikit lada hitam
sedikit garam
2-3 sudu besar minyak masak

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga terbit bau.
3. Masukan cili boh, kacau hingga terbit minyak.
4. Masukan telur dan kacau sebentar.
5. Masukan garam, lada hitam dan kicap.
6. Masukan kacang panjang dan cili, kacau goreng hingga lembut dan telur menjadi kering dan pecah pecah, kacau goreng hingga terbit minyak dan angkat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...