Jumaat, Oktober 04, 2013

Karipap Sardin (Rangup)



Salam semua, memandangkan agak free pagi ni, adalah satu resipi yang telah dibuat beberapa hari dulu.. iaitu Karipap Sardin yang rangup ni.. sebab apa sebab dia memang rangup sebab itu bolehlah dimasukan resipi ini disini.  Biasanya kalau kita memakan karipap, yang penting adalah isi dan kulitnya. Kalau isinya sedap dan kulitnya rapuh sudah confirmlah laku karipap yang dibuat.

Saya jarang sekali membuat karipap sardin, so pagi tu, nak juga makan karipap yang segera, maka sardinlah yang paling mudah dibuat sebagai intinya... manakan doh pula tak susah mana nak membuatnya...dengan campuran 'vegetable shortening' atau spry dapat memberikan keranggupan pada kulit karipap ini.

 

Bahan Bahan untuk Doh
2 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar butter
2-3 sudu besar spry (vegetable shortening)
1 gelas air ais
sedikit garam

1. Dalam mangkuk yang besar, masukan tepung dan butter yang didadu dan picit dan gaul butter untuk disebatikan kedalam tepung.
2. Masukan garam kedalam air  ais dan tuangkan kedalam tepung sedikit sedikit dan uli perlahan lahan hingga tepung tidak melekat pada bekas.
3. Masukan spry dan uli  hingga menjadi doh yang lembut tambahkan tepung lagi jika perlu.

Bahan Untuk Inti
1 tin kecil ikan sardin
1 labu bawang besar (dadu)
1 cili merah (hiris/dadu)
1 cili hijau (hiris/dadu)
1 biji tomato (dadu
1/2 limau nipis
sedikit garam
sedikit minyak (1-2 sudu besar) untuk menumis

1. Keluarkan ikan sardin dan buangkan tulangnya (tanpa kuahnya).
2. Lenyekkan ikan sardin dengan menggunakan garpu hingga hancur.
3. Masukan bawang, cili merah/hijau, tomato dan perahkan limau.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan diatas sehingga terbit minyak dan sejukan.
5. Bulat bulatkan doh sebesar satu gengaman, canaikan hingga leper dan masukan kedalam acuan karipap, masukan inti, tutup dan lakukan process yang sama hingga habis.
6. Goreng hingga keknuningan dengan minyak yang banyak.(deep fry).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...