Rabu, Oktober 30, 2013

Roti Bom

Salam khamis semua.. hari ni terlalu ingin nak makan roti canai.. masaalahnya, malas betul lah nak keluar rumah.. maka dirajinkanlah diri dengan membuat sendiri..menjadi pulak ia.. Ni dinamakan roti express, bukan cara lama/traditional lagi dimana cara dibuat dibiarkan semalaman untuk mendapatkan tekstur yang lembut. Kalau nak ikutkan memang ada teknik teknik atau cara cara yang dapat kita pelajari untuk melembutkan roti yang dibuat , umpamanya pelembut roti memang ada dijual, jadi senanglah kalau nak membuat roti sebegini.


Malah dengan percubaan yang saya buat tidak pula mengambil masa yang lama untuk menebarkannya diatas kuali.. membiarkan ia selama 10-15 minit sudah cukup untuk dimasak.. untuk mendapatkan roti yang sangat rangup, butter digunakan untuk penambahan minyak keatasnya. Memandangkan membuat roti  memerlukan tempat yang agak luas, cara yang terbaik ialah dengan mengulinya panjan panjang saperti tali, kemudian di pusingkan saperti roda, dan tekap atau leperkan sebentar sebelum meletakan diatas kuali leper. Saiznya nya pula tidaklah besar, anggaran 4-5 inci bulat dalam diameter. Memang sedap kalau kena dengan kari ikan atau dalca, memandangkan tiada berkari, maka digorengkan saja telur pecah bersama bawang dan cili hijau untuk dimakan sebagai sarapan..


Bahan Bahan
2-3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk pelembut roti
1 cawan susu
1/2 cawan air
1-2 sudu besar butter/margarine

1. Ayak tepung, baking powder, pelembut roti,dan garam kedalam mangkuk yang besar.
2. Campurkan susu dengan air dan kacau, tuangkan kedalam tepung sedikit sedikit.
3. Uli tepung dengan campuran air/susu hingga tepung tidak melekat. teksturnya haluslah lembut dengan anggaran air dan tepung yang sesuai.
4. Masukan butter/margarine dan uli hingga betul betul lembut.
5. Bahagikan adunan kepada 5-6 ketulan dan uli setiap ketulan dengan menambahkan butter.
6. Biarkan seketika selamat 10-15 minit,
7. Basahkan tangan dan uli doh memanjang (setakat yang boleh) dan pusingkan saperti roda dan kemaskan.
8. Tekan dan leperkan.
9. Panaskan kuali leper dan letak roti dan bakar seketika, tambahkan butter diatasnya dan balikkan untuk dimasakan sebelahnya.


Bahan untuk telur pecah (scramble)
3-4 biji telur
1 batang cili hijau (hiris)
3-4 ulas bawang merah (hiris)
sedikit garam/lada hitam
sedikit minyak/butter,

1. Panaskan kuali atau panaskan saja diatas kuali leper dengan sedikit minyak/butter.
2. Masukan bawang dan cili hijau, dan goreng seketika hingga terbit bau.
3. Pecahkan telur dan kacau dengan sedikit garam/lada hitam didalam mangkuk yang berasingan.
4. Tuangkan telur diatas bawang /cili dan kacau hingga ia pecah.
5. Kacau goreng seketika dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan