Isnin, November 11, 2013

Japanese Cotton Cheesecake



Sudah beberapa hari terfikir nak membuat kek ini, dua tiga kali dikeluarkan butter dan cheese, tapi tukar plan, terpaksa masuk baliklah cheese dan butter tu... Akhirnya terpaksa kuatkan semangat untuk membuatnya.. sementara anak anak masih ada dirumah, adalah juga juadah untuk dijamah pada waktu petang..  Hari tu ada jiran dekat rumah datang memberikan daging korban dan serba sedikit kueh mueh, dan salah satunya, saya rasakan, adalah cheesecake.. sejak itu teringinlah pula nak makan cheesecake ni.. Kalau nak membelinya tentulah senang terdapat dipasaraya saperti Tesco.. tetapi mencuba  membuatnya adalah satu cabaran juga kerana ini adalah kali pertama saya membuatnya.


Senang juga nak membuat kek ini, kerana cara yang dibuat pula agak berlainan dari kek biasa.. Menggunakan dua cara yang berlainan iaitu satu double boiler dan satu lagi adalah cara membuat merengue.  Kedua dua adunan ini kemudian disatukan dengan cara fold in method atau membalik balikan adunan supaya disebatikan dengan menggunakan spatula atau pengaup kek leper.

Untuk mendapatkan tekstur yang gebu putih telur haruslah dipukul hingga mendapatkan 'soft peaks' atau bertanduk,jika ditelangkupkan,  ia tidak mudah jatuh malah menjadi ringan dan melekat pada mangkuk.

Pembakarannya juga agak lama, iaitu selama satu jam dan dilapikan dengan satu lagi dulang yang bersisi air. Acuan kek pula diletakan didalam dulang itu dan terus dibakar pada sushu 160 d. C.

Setelah merasakan kek ini, ia tidaklah begitu manis jadi saya elok ditambahkan lagi sedikit lagi gula untuk mendapat rasa yang lebih sesuai, walaupun tidak terlalu manis.


Bahan Bahan A:
250g cream chees
 50g butter
 100ml susu (full cream Dutchlady),
 6 biji kuning telur
 1 sudu besar jus lemon
 1/4 sudu kecil garam,
 60g tepung kek (superfine)
 20g tepung jagung.

Bahan Bahan B :
 6 biji putih telur,
 140g gula, (tambahkan lagi 20g jika hendak manis)
 1sudu kecil jus lemon.


1. Panaskan periuk kecil dengan sedikit air, satukan susu, jus lemon, cream cheese dan butter dalam mangkuk yang lain. Letakkan diatas periuk air yang sudah mendidih untuk dicairkan dan disebatikan.

2. Ayakkan tepung kek, tepung jagung dan garam. Masukan sedikit sedikt kedalam adunan cheese/susu/butter tadi, dan kacau hingga sebati dan tidak berkental.

3. Didalam stand mixer, satukan bahan B iaitu telur, gula dan jus lemon. Bermula dengan perlahan, putar untuk menyatukan adunan dan tambahkan putaran hingga adunan menjadi pekat untuk mendapatkan 'soft peaks' atau berjambul.

4. Satukan Bahan A kedalam bahan B dengan cara 'fold in method' iaitu kaup dan pusing adunan supaya sebati. Haruslah dilakukan sebanyak kali untuk ia benar benar sebati. Untuk pengetahuan agak banyak juga adunan ini apabila ia disatukan dan ia sesuai untuk menggunakan acuan berukuran 8 inci yang dilapekkan dengan kertas pembakar.

5. Tuangkan adunan yang telah sebati kedalam acuan yang disediakan. Ketukan acuan untuk mengeluarkan segala udara dari adunan sebelum memasukan kedalam oven yang sudah dipanaskan selama 10-15 minit.

Bakar pada suhu 160 d C selamat satu jam dan sejukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan