Khamis, Disember 05, 2013

Bun Badam





Salam hari jumaat yang masih mendung dengan hujan sana sini.. Keadaan banjir masih berlarutan... Minta minta keadaan begini tidak berlarutankan!!

Hmm..  Semalam menguli tepung ingatkan nak buat roti Nan tapi malas pula nak membuat karinya, dah tak jadi nan jadi bun ni pula.. Seronok juga bereksperimen dengan yeast ni.. Macam macam boleh buat dari doh yang diuli, dari 2 cawan tepung yang dibahagi dua dibuatkan dua jenis bun gitu, saperti gambar dibawah ni.

            
Satu disanggulkan dengan taburan cheese dan satu dengan taburan badam.  Apa yang dapat dirasakan pada teksturnya adalah rangup diluar dan lembut didalam.  Tentu sedap dimakan dengan teh susu panas panas diwaktu hujan begini. Resipinya ada dibawah:

Bahan bahan kering
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu kecil emplex (pelembut roti)
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam

Bahan taburan
1 cawan hirisan badam
1/2 cawan parutan cheese (parmesan)
Telur + 2-3 sudu air untuk sapuan

Bahan bahan basah
1 cawan susu cair (suam) 
1 paket yeast (mauripan)
1 sudu kecil gula
2-3 sudu besar minyak zaitun/butter

1. Satukan kesemua bahan kering dalam mangkuk yang besar.
2. Satukan bahan basah, kacau dan biarkan hingga ia berbuih.
3. Tuangkan bahan basah kedalam bahan kering sedikit sedikit, uli hingga ia tidak melekat pada mangkuk, tutup dengan tuala dan biarkan hingga menjadi dua kali ganda daripada saiz sebenar. (Anggaran 20- 30 minit, lebih lama pun tidak mengapa)
4. Keluarkan dari mangkuk, uli sebentar dan bentukan dengan bentuk saperti diatas.
5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah C selama 10-15 minit.
6. Sapukan dengan telur yang dicampurkan dengan sedikit air dan taburkan badam, gula dan cheese diatasnya.
7. Bakar selama 25 minit hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...