Selasa, Disember 10, 2013

Cheese Naan


Hari ni, teringin pula nak makan sesuatu yang lain daripada nasi untuk makan malam, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, pilihan untuk makan luar juga menjadi pilihan sama ada hendak masak sendiri atau keluar saja.. bila difikir fikirkan, kekadang dengan masa untuk bersiap dan masa yang digunakan untuk sampai ketempat makan tu, lebih baik masak sendiri jea dirumah, gitulah... kena ikut mood juga..tetapi bila encik hubby tu ajak makan luar,tentu setiap suri rumah akan suka kan kan...

Walaupun pernah membuat resipi Nan dahulu yang dibuat dari tepung pau yang siap dijual, kali ini, membuatnya dengan bancuhan sendiri yang dirasakan agak memuaskan kerana jadilah juga Naan kali ini.
Almaklumlah bukan masakan orang orang melayu dan jarang pula membuatnya. Tambahan telur dan susu pada adunan dapat melembutkan adunan doh Naan ini.. agaknya kalau dibuat selalu boleh jadi ekspert lah, gitu... Naan ini sedap dimakan dengan apa jua kari yang diinginkan atau makan saja ayam tandoori pun lagilah best.. Untuk resipinya ada dibawah..

Bahan Bahan kering
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 biji telur
1/2 cawan parutan cheese (ditabur sebelum membakar)
sedikit daun parsely kering (ditaburkan selepas membakar)

1. Ayakan tepung dan taburkan sedikit garam.
2. Pukul telur dan campurkan kedalam adunan tepung, kacau rata.

Bahan Bahan Basah
2 sudu kecil yeast (mauripan)
2 sudu kecil gula
1/2 cawan air suam (suam kuku)
1/2 cawan susu cair (Dutchlady)
2 sudu besar minyak zaitun

1. Masukan air suam kedalam cawan/mangkuk kecil dengan 2 sudu yeast.
2. Masukan gula, kacau sebentar.
3. Masukan susu dan minyak zaitun, biarkan sebentar hingga ia membuih.
4. Tuangkan bahan basah (sedikit sedikit) kedalam bahan kering, uli hingga tidak melekat, tambahkan tepung sedikit dan uli selama 2-3 minit.
5.  Biarkan selama 1-2 jam hingga adunan mengembang, dengan menutupnya dengan tuala.
6.  Panaskan oven pada suhu 250 darjah C selama 10-15 minit.
7.  Bulatkan doh anggaran segengam tepek dan tarik atau bulatkan doh anggaran 1/4 inci, taburkan cheese diatasnya dan letakan atas dulang pembakar yang disapukan dengan sedikit butter. Bakar selama 10 minit.
8.  Keluarkan, dan sapukan dengan minyak sapi dan taburkan dengan sedikit serbuk daun parsley (kering)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan