Khamis, Disember 12, 2013

Cheesy Hashbrown






Breakfast dengan cheesy potato hashbrown .... Ia adalah ubi kentang yang disagat dan dibakar atau digoreng dengan sedikit minyak.  Sama ada hendak memasaknya didalam kuali leper saperti membuat lempeng/pancake atau membakarnya terpulang pada kehendak senfiri..Saya membuatnya didalam tin muffin dengan taburan cheese diatasnya dengan perisa lada hitam, campuran bawang dan cili hijau.  Enak dimakan bersama sos atau begitu saja..  Hidangan ini hanya untuk dua orang saja, kalau nak banyak gandakan bahannya...


Bahan Bahan
2 ketul kentang bersaiz besar (disagat halus)
1/2 cawan parutan cheese
1 biji bawang merah (dadu)
1/2 cili hijau (dipotong kecil)
1/2 cili merah (potong kecil)
1 sudu kecil jintan halus
Sedikit daun bawang (dihiris)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan sedikit serbuk perasa ayam knorr.
Sedikit butter untuk sapuan pada tin muffin.

1. Sagat kentang hingga habis dan perahkan airnya.
2. Masukan bawang, cili merah/hijau, serbuk jintan halus, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa kacau hingga sebati.
3. Panaskan oven selama 10-15 minit.
4. Kepalkan anggaran segengam adunan
Dan tekapkan pada acuan yang disapukan dengan sedikit butter, taburkan parutan cheese diatasnya
5. Bakar selama 30-35 minit hingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...