Dal yang diguna digunaka hari ini ialah Mung Dal atau bijirin dari kacang hijau tanpa kulit. Senang didapat di pasaraya yang dijual didalam peket. Ia sangat halus dan cepat dimasak. Berbagai bagai cara boleh memasak dal, ada yang ditumis atas, ada yang terus ditumis dahulu dan dibiarkan didih hingga hacur dan ada yang memasaknya dengan merebusnya dahulu hingga lembut sebelum menumis nya semula dengan rempah yang disukai. Kali ini masakan dal tak perlu menggunakan rempah, hanya serbuk kunyit sahaja yang digunakan bersama bahan bahan lain saperti ubi kentang, lobak merah, cili merah/hijau, cili kering dan biji sawi. Cara memasaknya pula adalah dengan tumis atas setelah dal direbus .
Bahan Bahan
1 cawan Mung dal
1-2 biji ubi kentang (dibelah 4/6)
1 batang lobak merah (buangkan kulit dan dihiris kasar/dadu)
1 biji tomato (dibelah 4/6)
1 cili hijau (dipotong 2-3)
2-3 cili kering (dipotong 2-3)
1 sudu kecil serbuk kunyit
3-4 cawan air
sedikit garam
Bahan Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dadu)
3-4 ulas bawang putih (dihiris kasar)
1 batang daun kari
2 sudu kecil biji sawi
Minyak untuk menumis
1. Basuhkan dal dan didihkan dengan 3-4 cawan air diatas api yang sederhana hingga hampir mendidih bersama serbuk kunyit.
2. Masukan ubi kentang dan didihkan sebentar.
3. Masukan lobak merah, kacau dan masak hingga ia hampir lembut. (biarkan ia masak diatas api yang perlahan dan tambahkan air jika perlu)
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukan biji sawi.
5. Masukan bawang besar, bawang putih, dan daun kari kacau sebentar hingga terbit bau.
6. Tuangkan pada dal yang sedang dimasak dan didihkan hingga kesemua bahan bahan menjadi lembut.
7. Masukan tomato, cili kering, cili hijau, garam dan taburkan lagi dengan sedikit daun kari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan