Sekarang ni tak nak bercakap pasak kangkung nak bercakap pasal durian yang agak murah apabila dibeli diwaktu tokey durian dah nak balik.. kalau tak caya cuba beli pada waktu malam, suka tak suka mereka harus menjualnya.. banyak perbezaan pada harga makanan atas nama waktu kerana sifat atau benda yang dijual, sama ada benda itu tidak menjadi segar lagi dan harus jual untuk menyenangkan keadaan.. Ini termasuk juga dengan jualan kueh raya begitu.. dan bahan bahan yang mudah membusuk.. apa pun .. pandai pandai sendirilah untuk membelinya.
Membuat Kek Durian ini hanyalah kerana berlebihan durian yang ada kerana dengan dua biji durian yang sederhana besarnya dijualkan pada kami dengan harga RM10-00 sahaja.. boleh tahanlah juga kerana isinya banyak dan puas untuk dimakan berdua bersama suami. Resipi ini sesuai untuk dua orang sahaja, jadi kalau nak buat yang besar besar boleh digandakan bahan bahan yang ada.
Bahan Bahan
175 gm butter (suhu bilik)
175 gm gula kastor
1 biji telur bersaiz besar
1 sudu kecil esen vanila
200 gm tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1/4 sudu kecil garam
175 gm isi durian (dilenyek sedikit)
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.
2. Sediakan acuan berukuran 2x4 inci dengan sapuan butter dan sedikit taburan tepung.
3. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
4. Masukan telur, pukul hingga sebati.
5. Masukan esen vanila.
6. Masukan durian, kacau hingga sebati.
7. Ayakan tepung bersama baking powder dan garam dan masukan kedalam adunan, kacau rata.
8. Tuangkan kedalam acuan dan ketuk acuan untuk mengeluarkan udara dan supaya leper.
9. Bakar selama 25-30 minit hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan