Isnin, Februari 24, 2014

Bingka Labu


Salam semua.. Hari tu ada memasukan satu resipi labu dari seseorang di FB Dari Dapur Azie & Akmar, mula cadangnya nak membuatnya, tetapi dik kerana hendakan sesuatu yang mudah sahaja.. maka inilah jadinya.. senang dong! masuk saja dalam oven bakor.. habih ceghita.. kalau nak membuat talam (kueh yang dimaksudkan) banyaklah pula kerjanya.. terutama sekali hendak membasuh pelengatlah dik kerana sebekas kueh begini.. lain kali lah pula bila mood itu benar benar ada...  kalau dah malas tu.. macam macam alasanlah yang diberi kan... kan.. kan.. biase  lleeee hmmm..



Membuatnya memang mudah, tapi yang susah nya adalah hendak mengupaskan kulit labu yang keras tu.. cara yang mudah, potong saje kecil kecil dahulu sebesar 1 atau 2 inci baru potong kulit. Labu direbus dahulu sebelum di kisar bersama telur, santan, gula dan tepung tambahkan sahaja sedikit esen ros sebagai pewangi.  Memang sedap, kalau nak buat lepat tambah jea sedikit tepung, tanpa telur, tetapi dibungkus dan dikukus.. Kueh melayu memang senang, kalau kukus jadi lain kalau bakar jadi lain pula namanya.  Pi mai pi mai tangtu juga..


Bahan Bahan
2 cawan labu (dipotong kecil, direbus - sama paras air dengan sedikit garam)
2 biji telur
2  cawan tepung gandum
1 kotak santan
3/4 cawan gula
1 cawan air
1 sudu kecil esen ros
1/2 cawan bijan

1. Masukan labu yang telah direbus kedalam alat pengisar dengan satu cawan air. Kisar hingga menjadi pes.
2. Masukan telur, esen ros. santan kotak, gula dan air, kisar hingga sebati.
3. Masukan tepung, kisar dalam anggaran 2-3 minit supaya benar benar sebati.
4. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit, pada suhu 200 darjah C dan sapukan acuan dengan sedikit butter/minyak, taburkan sedikit tepung.
5. Tapiskan adunan kedalam acuan, taburkan bijan diatasnya dan bakar selama 30minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan