Jumaat, Februari 28, 2014

Kerabu Kacang Botol besama Cendawan


Masih lagi Negara kita mengalami percatuan air yang berjadual dimerata rata tempat di Selangor, tetapi Alhamdulilah disini tidak menjadi begitu.. tetapi masih mengharapkan supaya hujan akan turun bagi memenuhi ampangan yang hampir diklasifikasikan boleh menampung kepengunaan dikawasan P. Pinang.. begitulah kata Ketua Menteri.. Diantara dugaan Allah dan rahmat Allah diharap kita masih lagi meneruskan kehidupan berpandukan ajaran Islam walaubagaimana sibuk dan moden sekali negara menghadapi kemajuan yang banyak melalaikan kita..  Kita diakhir zaman kan!! so ambilah segala iktibar untuk memajukan diri dari segi kesempurnaan ibadah dan kesempurnaan dunia.. Ni bukan ustazah tetapi sebagai ibu dan suri rumah yang masih lagi dapat memikirkan tentang keadaan dunia sekarang..


Masak tetap masak, makan tetap makan, untuk meneruskan kehidpan, Kita hidup bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup.. yang sebaik makanlah yang seimbang itulah untuk kesihatan. Lama sudah tak buat kerabu, hari Malaysian Saladlah katakan, memang menyelerakan walaupun ia diratah begitu saja.  Kali ini, dibuatkan kerabu kacang botol atau 'four angle bean' yang dicampurkan juga bersama cendawan dan tomato kedalamnya..  Cara saya membuatnya pula tidaklah pula memasukan belacan kerana tidak berapa sangat dengan belacan belacan ni.. so kalau nak dimasukan terpulanglah. Lauk pada hari ini merupakan lauk yang mudah mudah sahaja iaitu ikan goreng, sambal ikan, lemak putih pucuk dan tanghun.. Tentu menyelerakan.. shakali..


Bahan Bahan Tumbuk/kisar
1 labu bawang besar (dibelah kecil)
2 ulas bawang putih
3 cili merah
1 sudu besar udang kering
1 batang serai (dihiris kecil)
sedikit garam
sedikit gula

Bahan Bahan Hiris
4-5 batang kacang botol
3-4 cendawan (dicelur seketika)
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 limau nipis (dibelah kecil)

1. Kisar atau tumbuk kesemua bahan kisar hingga lumat dan ketepikan.

2. Hiriskan bahan hirisan sehalus mungkin dan satukan kedalam mangkuk yang besar.

3. Satukan bahan kisar dan bahan hiris, perahkan limau nipis secukupnya dan gaul hingga sebati sebelum dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...