Ahad, Februari 09, 2014

Murtabak Roti



As Salam semua... Sebelum tidur semalam teringat pula,  apa nak dibuat dengan lebihan daging ayam cincang yang di buat 'gyoza' oleh anak dara tu... fikir punya fikir, nak buat sesuatu yang mudah dan ringkas saja untuk sarapan pagi.. hanya nak perhabiskan sahaja apa yang tidak kehabisan.  Kalau hendak menguli tepung tentu akan memakan masa, jadi sebagai pengganti adunan tepung, saya hanya menggunakan saja roti .. haaa... kan senang..  Tentang intinya pula, ikut sukalah jika anda hendak memasaknya ikut citarasa masing masing, kalau nak berperasa kari, tambah saja rempah kari pada daging/ayam cincang tu.. nak buat buat perasa black pepper pun boleh, asalkan intinya sodap, sudahlah.. Kalau nak menamakan resipi ini boleh juga diubah suai sebagai roti daging ... hmmm... susah juga nak menyesuaikan nama dengan masakan ni ya.. apapun,, murtabak ke tak murtabak ke.. lebih kurang begitulah.














Cara saya membuat intinya adalah berbeza sedikit dari murtabak kerana saperti yang saya katakan ia adalah lebihan inti gyoza.. kalau hendakan inti begini terpulanglah. Malah cara memasaknya juga di mudahkan juga.

Bahan Bahan Intinnya
1 paket ayam/daging cincang
2-3 biji telur (dipukul)
2 ulas bawang putih (disagat/hiris)
1/2 inci halia (sagat/hiris)
1-2 sudu kecil sos black pepper
Sedikit daun Thyme
Sedikit black pepper
Sedikit garam dan serbuk perasa ayam knorr
Sedikit daun bawang dan daun parsley
1-2 sudu besar minyak Canola

(Sedikit maknanya boleh dianggarkan keperluan yang anda suka)

1. Panaskan kuali/saucepan dengan sedikit minyak dan gorengkan ayam/daging cincang hingga terbit minyak.
2. Masukan halia dan bawang putih dan goreng seketika bersama daging cincang.
3. Masukan bahan perasa, garam, thyme, sos black pepper, kacau goreng hingga daging/ayam cincang benar benar lembut dan terus angkat dan ketepikan.

Bahan Roti
Beberapa keping roti
2-3 biji telur
sedikit garam
sedikit daun bawang dan daun sup

1. Letakan roti atas papan pencanai, leperkan dengan menggunakan 'rolling pin' dan potongkan roti kepada dua atau setengah.
2. Panaskan kuali leper tadi, lenserkan dengan sedikit minyak.
3. Pukul telor didalam mangkuk berasingan dengan sedikit garam, masukan bahan inti dan daun bawang/sup, kacau rata.
4. Tuangkan adunan tadi keatas roti dan lapiskan dengan sebahagian daripada roti yang dibelah dua.
5. Tuangkan sedikit telur dari bancuhan inti tadi keatas roti yang dilapiskan, masak seketika dan balik balikan hingga garing.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan